Jenazah Suhaimi Saad dikebumi di Kota Tinggi

Jenazah bekas anggota kumpulan In-Team, Allahyarhan Suhaimi Saad dijangka bakal dikebumikan di kampung isterinya, Ina Naim di Kota Tinggi, Johor.

Perkara itu dikongsi penerbit dan penyanyi ketuhanan, Hafiz Hamidun sebentar tadi.

“Jenazah sedang dimandikan dan akan dihantar ke Kota Tinggi malam ini di rumah Ina.



“Difahamkan, jenazah juga akan dikebumikan di sana esok pagi,” kongsinya kepada Kosmo! Online.

Sebentar tadi, industri hiburan dikejutkan dengan berita pemergiaan Suhaimi selepas bertarung nyawa dan dimasukkan ke hospital sejak Jumaat lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Terkini: Suhaimi Saad sah meninggal dunia



Kesihatannya mulai merosot sejak semalam dan difahamkan beberapa organ dalam juga gagal berfungsi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker