Bai’ah macam mana pun, kalau tiada prinsip tetap langgar

Bai’ah macam mana pun, kalau tiada prinsip tetap langgar

Sikap individu bukan lafaz sumpah setia atau bai’ah boleh menghalang wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata seorang Ahli Parlimen Bersatu yang menang menggunakan logo PAS.

Ahli Parlimen Ketereh Khlir Mohd Nor – antara wakil rakyat Bersatu yang bertanding atas logo bulan pada PRU15 berkata bai’ah bukan satu-satunya jalan menghalang tindakan peralihan sokongan, sebaliknya bergantung kepada individu.



“Kita memang dah buat (bai’ah) masa terima watikah, tetapi faham-fahamlah sifat manusia ni,” katanya kepada FMT.

“Bila dah sertai politik, bai’ah macam mana pun orang langgar juga. (Bergantung) kepada individu, kalau kita taat, takkan buat macam itu.”

Isnin lalu, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menggesa calon pilihan raya daripada Bersatu melafazkan bai’ah jika mahu bertanding menggunakan lambang bulan pada masa depan susulan dua wakil rakyat parti itu yang bertanding di Kelantan pada PRU15 menyatakan sokongan kepada Anwar.

Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) bertanding di Kelantan pada pilihan raya lalu, di mana masing-masing menang dengan majoriti 163 undi dan 12,464 undi.



Hashim percaya bai’ah boleh membantu usaha mencegah peralihan sokongan kepada parti lawan. Amalan bai’ah sering dikaitkan calon pilihan raya daripada PAS.

Dalam pada itu, Khlir berharap wakil rakyat Bersatu terus istiqamah sebagai pembangkang, dan kekal berprinsip membawa amanah rakyat.

“Kalau kita mcm ni (tukar sokongan) kejap sana kejap sini (khuatir) rakyat tak percaya kita lagi.”

Sementara itu, Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata bai’ah bukan perkara baharu bagi semua calon pilihan raya, malah turut diamalkan parti lain.



“Isunya bukan bai’ah, tetapi sogokan, tawaran dari pihak sana,” kata ketua Pemuda Bersatu itu merujuk kepada dakwaan ada usaha kerajaan untuk menarik sokongan Ahli Parlimen. FMT

Bai’ah macam mana pun, kalau tiada prinsip tetap langgar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker