600 pelajar Palestin universiti awam dikecualikan yuran

600 pelajar Palestin universiti awam dikecualikan yuran

SEPANG: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pengecualian bayaran yuran pengajian kepada lebih 600 pelajar Palestin yang sedang menuntut pelbagai peringkat di universiti awam negara ini bagi tempoh setahun berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Menterinya, ketika ini, KPT juga sedang mengadakan perbincangan dengan pihak universiti swasta untuk berbuat sedemikian.



Kita juga sedang mempertimbang untuk memberi elaun bulanan selama setahun kepada semua pelajar Palestin di universiti awam dan universiti swasta dengan kesemua inisiatif pengecualian yuran dan elaun bulanan itu akan melibatkan kos kira-kira RM20 juta.

“Sekarang ini (di Malaysia) terdapat lebih kurang 800 pelajar Palestin yang mana lebih 200 pelajar berada di universiti swasta dan (selebihnya) berada di universiti awam di pelbagai peringkat pengajian.

“Kita sedang menimbang usaha-usaha untuk membantu mereka dalam masa setahun ini dan sedang berunding dengan pihak universiti swasta untuk memastikan pengecualian yuran kepada pelajar-pelajar ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Forum Pendidikan Tinggi Global (GHEF) 2023 di sini hari ini.

Forum tiga hari itu melibatkan penyertaan hampir 1,000 perwakilan daripada 17 negara sebagai platform untuk pelbagai pihak berkepentingan membincangkan isu-isu yang dihadapi ekosistem pendidikan tinggi bertemakan Pemulihan Ekuiti – Pendidikan Tinggi Dalam Era Pasca Pandemik Covid-19.



Mengulas lanjut, Mohamed Khaled menjelaskan, inisiatif pengecualian bayaran yuran pengajian tersebut sudah berada di peringkat akhir perbincangan dan KPT bakal mengumumkan jumlah sebenar kos dalam masa terdekat.

Katanya lagi, KPT memberi perhatian terhadap kesan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar terbabit susulan daripada peperangan yang sedang berlaku di Gaza.

“Kita sedia maklum di Malaysia memang mempunyai pelajar Palestin dan sudah tentu mereka antara yang terkesan secara langsung daripada apa yang berlaku di negara tersebut.

“Maka kita sedar keadaan pembelajaran mungkin terputus dan mereka mungkin tidak lagi dapat sokongan pembiayaan daripada keluarga atau penaja.



“Insya-Allah kita doa supaya keadaan di Gaza kembali pulih dan juga di Tebing Barat supaya tidak lagi berterusan berlaku keganasan dan penganiayaan, supaya kehidupan mereka boleh kembali seperti sedia kala dan pelajar Palestin yang berada dalam negara kita dapat meneruskan pembelajaran mereka dengan lancar tanpa apa-apa gangguan,” ujarnya. Utusan

600 pelajar Palestin universiti awam dikecualikan yuran

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy



Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker