Basuh kaki sebelum tidur, perlukah?
Basuh kaki sebelum tidur, perlukah?
Amalan basuh kaki sebelum tidur bukan sekadar petua bagi mengelakkan mimpi buruk tetapi juga ada penjelasan dari sudut saintifik. Namun sebelum itu, rasanya elok diceritakan sedikit kaedah moden yang digunakan oleh ahli psikologi untuk mengatasi mimpi buruk.
Antaranya, menggunakan muzik yang santai seperi Mozart sebelum tidur agar anak menjadi lebih tenang. Ada juga yang memberi tip yang agak aneh tetapi menarik. Ia diilhamkan oleh Mickey McGee, untuk mengatasi masalah mimpi buruk yang sering dialami oleh kanak-kanak.
McGee, sering memberikan anaknya sebotol air yang dicampurkan dengan minyak aromaterapi Lavender. Sebelum tidur dia akan menyuruh anaknya menyemburkan air yang berisi minyak lavender ke seluruh bilik. Kemudian dia menyapukan minyak lavender ke seluruh kaki anaknya. Dan kesannya, anak dapat tidur dengan lena tanpa diganggu mimpi negeri.
Sekadar berkongsi pengetahuan, minyak Lavender memang sudah diakui mempunyai kesan menenangkan. Cara yang dilakukan oleh McGee memang membantu kerana kesan daripada minyak lavender tadi.
Kenapa basuh kaki?
Sekarang masuk kepada persoalan utamanya iaitu ada apa dengan basuh kaki? Ia bukan sekadar petua tetapi ada kaitan dengan gelombang, titik pusat urat saraf atau titik refleksologi dan juga gelombang otak.
Menarik bukan? Petua orang tua-tua itu sebenarnya ada penerangan yang logik dengan sains. Orang tua-tua bukan sesuka hati meletakan pantang larang dan petua tanpa memikirkan dahulu kaitannya dengan kesejahteraan tubuh badan.
Perkara itu juga dijelaskan oleh Dr. Azhar Sarip iaitu Pengasas Sipiritual NLP Training, basuh kaki adalah untuk menurunkan gelombang otak daripada beta kepada alpha, kemudian menjadi theta dan akhirnya delta. Seharusnya tidur adalah berada di dalam gelombang delta iaitu tidur yang paling berkualiti dan nyenyak tanpa mimpi.
Katanya, membasuh kaki adalah sama penerangannya mengapa kita mengambil wuduk. Jawapannya kerana untuk menurunkan gelombang beta kita kepada gelombang theta supaya kita khusyuk solat.
Begitu juga halnya dengan membasuh kaki sebelum tidur adalah untuk menurunkan gelombang supaya kita dapat tidur dengan nyenyak. Namun lebih baik jika amalan membasuh kaki itu bukan sekadar basuh kaki, ia jadi lebih sempurna jika ditukarkan dengan wuduk.
Sebagaimana yang disebut di dalam hadis mengenai pesan Rasulullah s.a.w. sebelum tidur,
“Jika engkau hendak ke tempat tidur, hendaklah engkau berwuduk sepertimana wuduk untuk menunaikan solat, kemudian berbaring ke kanan dan membaca, “Ya Allah, ya Tuhan ku, aku serahkan diri ku kepada Mu dan aku hadapkan wajah ku kepada Mu, aku serahkan perkara ku kepada Mu, lindungkan belakang ku kepada Mu kerana suka dan takut ku kepada Mu. Tidak ada lindungan atau benteng melainkan kepada Mu, aku percaya dengan kitab Mu yang engkau turunkan kepada Nabi Mu yang engkau utuskan, dan jadikan semua itu penghabisan apa yang engkau katakan“. (HR Bukhari & Muslim)
Menurut Dr. Azhar, mengapa dengan membasuh kaki gelombang otak boleh turun? Ini kerana di kaki terletak titik pusat urat saraf yang menghubungkannya dengan organ dalam tubuh. Kita kena faham sepanjang hari kehidupan manusia adalah sentiasa berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang bekerja, berfikir, stres, beremosi dan melakukan aktiviti.
Kemudian gelombang itu akan turun sedikit apabila tiba waktu solat dengan air sembahyang dan azan. Lalu bersedia untuk solat dan mendapatkan khusyuk apabila berada pada gelombang theta. Setiap perbuatan yang disyariatkan sebelum melakukan solat adalah jalan untuk membantu mendapatkan solat yang khusyuk.
“Apabila hendak tidur kita perlukan suasana yang benar-benar relaks supaya boleh mendapat tidur yang menyihatkan. Cara tidur yang paling baik adalah tidur di dalam gelombang delta, tenang mendalam dan tidur nyenyak tanpa gangguan mimpi. Caranya amat mudah mendapatkan tidur yang nyenyak, iaitu dengan membasuh kaki.
“Kenapa apabila tidak basuh kaki kita akan mimpi macam-macam? Kerana, kita tidur di dalam gelombang theta iaitu tidur-tidur ayam. Di dalam gelombang itu ada mimpi yang berbagai-bagai-bagai termasuklah mimpi buruk.
“Di sinilah logiknya petua orang tua-tua, basuh kaki sebelum tidur supaya gelombang otak boleh diturunkan menjadi gelombang yang rendah. Apabila titik pusat urat saraf itu dibasuh dan digosok atau lebih baik direndam seketika diiringi dengan zikir, maka gelombang akan lebih cepat turun. Dan, persediaan untuk tidur telah pun dibuat dan badan serta organ dalaman dan otak sudah di dalam keadaan relaks, barulah boleh dapat tidur yang memuaskan,” jelasnya.
Namun begitu, Dr. Azhar menegaskan, untuk kesan yang lebih baik dianjurkan mengambil wuduk. Samalah halnya dengan mengambil wuduk untuk khusyuk solat begitu juga ia berguna untuk mendapatkan rehat melalui tidur yang berkualiti.
Dan tidur yang nyenyak itu amat penting untuk kesihatan tubuh dan proses penyembuhan diri. Pada kaki iaitu dari buku lali terdapat lebih 100 titik pusat urat saraf yang jika dirangsang boleh memberikan kesan kepada organ dalam tubuh termasuk otak. Di situlah letaknya kebijaksanaan orang tua-tua dahulu meletakan petua beserta dengan pengetahuan yang tinggi rahsia di sebaliknya. Wallahu a’lam Utv
Basuh kaki sebelum tidur, perlukah?
Baca Artikel Menarik:
- Wan Fayhsal dedah nama individu tarik MP PN
- Siti Mastura serah rujukan kait Guan Eng dengan Chin Peng kepada polis
- Ahli keluarga terkorban, luahan remaja lelaki meruntunkan hati netizen [VIDEO]
- Umat Islam wajib bantu Palestin, tapi perlu hati-hati boikot jangan aniaya…
- Pengakuan Mahathir bukti beliau tidak ikhlas kerjasama
- Sogokan kepada ahli parlimen, Armada buat laporan polis Menteri KDN ucap tahniah
- Terbaik abang polis
- Speaker Dewan Rakyat naik darah
- ‘Scammer’ perabot berleluasa tipu pengguna
- Remaja rakam aksi beronani guna Al-Quran, siap kencing demi RM15
- Siti Bainun dah kurus sejak masuk penjara
- Zahid dan PRU16, 17, 18
- Nora masuk ICU, suami mohon tolong doakan
- Orang muda suka bercuti di Bangkok, Hatyai
- Mendapan tanah di Bandar Puchong Utama, 6 van dan lori terjejas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET