Angka kematian di Gaza hampiri 15,000

Angka kematian di Gaza hampiri 15,000

Laporan terkini Pemantau Hak Asasi Manusia, Euro-Med memaklumkan angka kematian di Semenanjung Gaza akibat pembunuhan beramai-ramai oleh rejim zionis meningkat kepada kira-kira 15,000 mangsa.

Euro-Med berkata, ia membabitkan seramai 14,710 warga Palestin, termasuk 3,300 yang dikhuatiri masih tertimbus dalam timbunan runtuhan bangunan.

Katanya, antara mangsa yang dilapor membabitkan 6,220 kanak-kanak dan 3,412 wanita, manakala 1,680 lagi kanak-kanak masih hilang dan seramai 32,314 rakyat Gaza direkodkan mengalami kecederaan.

Selain itu, 200 kakitangan kesihatan, 20 anggota pertahanan awam dan 49 wartawan terbunuh dalam serangan dilakukan rejim zionis.

Anggaran Euro-Med juga mendapati lebih 1,650 juta penduduk di Semenanjung Gaza hilang tempat tinggal dengan hampir separuh daripada mereka menetap di kemudahan dikendalikan Agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).

Berdasarkan Euro-Med Monitor, sebanyak 55,200 unit rumah musnah sepenuhnya akibat serangan Israel, manakala 160,700 lain rosak sebahagiannya.

Selain itu, 115 kemudahan kesihatan, manakala 221 sekolah, kemudahan industri (821), pejabat akhbar (177), masjid (68) dan gereja (3), turut menjadi sasaran serangan rejim zionis.

Sehubungan itu, Euro-Med Monitor memperbaharui gesaan supaya mengambil tindakan tegas untuk menamatkan genosid dilakukan Israel terhadap penduduk di Semenanjung Gaza.

Kumpulan hak asasi manusia itu juga menegaskan ia menjadi kewajipan undang-undang semua negara untuk menghentikan jenayah kemanusiaan itu.

Ia juga merayu semua organisasi antarabangsa yang berkaitan untuk segera melancarkan siasatan, selain menuntut pelaksanaan langkah pencegahan yang perlu bagi melindungi orang awam Palestin daripada tindakan genosid. BH

Angka kematian di Gaza hampiri 15,000

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker