Muhyiddin tak puas hati MP Bersatu sokong PM, mahu lapor SPRM

Muhyiddin tak puas hati MP Bersatu sokong PM, mahu lapor SPRM

Bersatu akan membuat laporan polis dan SPRM atas dakwaan ada unsur rasuah dan ugutan berhubung peralihan sokongan beberapa ahli Parlimen dari parti itu kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Presidennya, Muhyiddin Yassin berkata Bersatu telah mengumpulkan bukti bagi menyokong dakwaan itu.



“Kita sudah kumpulkan semua maklumat, contohnya dalam kes ahli Parlimen Gua Musang ( Mohd Azizi Abu Naim) dia beritahu dalam mesyuarat Bersatu Kelantan yang lepas dia mendapat tawaran di waktu itu, dan dia menolak semuanya.

“Tapi, tiga hari selepas itu dia umumkan keputusan sokong sana (kerajaan) dan kita syak ada perkara-perkara berlaku yang mungkin melanggar undang-undang dan data ini kami ada kumpulkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, malam tadi.

Selain Azizi, tiga lagi ahli Parlimen Bersatu yang kini menyokong Anwar adalah Iskandar Dzukarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Zahari Kechik (Jeli).

Dengan sokongan mereka, Anwar kini memiliki sokongan 150 ahli Parlimen di Dewan Rakyat, melepasi majoriti dua pertiga.



Bersatu telah pun menggantung keahlian Iskandar Dzukarnain selama empat tahun dan Suhaili digantung selama enam tahun.

Semalam juga, semua Adun Bersatu dikumpulkan untuk bertemu dan melafazkan ikrar taat setia di depan Muhyiddin.

Mengulas lanjut, Muhyiddin mendakwa Iskandar Dzulkarnain juga sebelum ini memberitahu diugut untuk menyokong perdana menteri.

“Kes (ahli Parlimen) Kuala Kangsar jelas disebutkan tarikh-tarikh bila pihak tertentu yang melibatkan ‘tauke’ berpangkat Tan Sri pergi jumpa nak ugut kalau tak buat (sokong Anwar) maka akan dikenakan hukuman oleh SPRM.



“Jadi, ada unsur intimidasi dan juga dalam kes yang lain (mereka) ditawarkan tawaran yang agak besar bernilai berjuta ringgit,” dakwa Muhyiddin.

“Kita sudah kumpulkan bahan (bukti). Kita akan membuat laporan kepada polis dan SPRM,” katanya lagi.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin juga membuat dakwaan serupa namun dibidas Anwar yang menyifatkannya sebagai dakwaan serius dan perlu dibuktikan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki turut menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia dibuat untuk mencemarkan nama baik agensi itu. Mk



Muhyiddin tak puas hati MP Bersatu sokong PM, mahu lapor SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa



Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras

Bersatu sudah jadi Berpecah



Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker