Cermin diri dulu Muhyiddin – Puad

Cermin diri dulu Muhyiddin – Puad

Seorang pemimpin Umno meminta Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin cermin diri sendiri sebelum mendakwa empat ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim diugut dan disogok.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi membangkitkan pertanyaan kepada bekas perdana menteri itu siapa sebenarnya yang menggunakan kaedah ugut dan sogok.



“Muhyiddin patut cermin diri sendiri. Siapa yang guna kaedah ugut dan sogok. Semua ahli Parlimen Umno yang keluar parti 2018 dan masuk Bersatu 2019 jadi menteri.

“Semua dapat jawatan. Tok Pa (Mustapa Mohamed) Dr Latif (Ahmad), Ikmal Hisham (Abdul Aziz), Mas Ermieyati (Samsudin), Hamzah Zainudin, Dr Nor Azmi (Ghazali) dan Shabudin Yahaya.

“Pemimpin Umno seperti Najib (Razak), Ku Nan (Tengku Adnan Mansor), (Ahmad) Zahid (Hamidi), Shahril Samad dan Azeez Rahim pula diugut dengan puluhan tuduhan. Mereka tidak lari.

“Tanya Tok Pa dan Hamzah. Kenapa lari? Takut didakwa. Peruntukan punya hal pun boleh lari. Ini semua kerana mereka tidak ada jati diri,” katanya dalam satu hantaran Facebooknya, hari ini.



Malam tadi Muhyiddin dilaporkan berkata Bersatu akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat berhubung tindakan empat ahli parlimennya menyokong Anwar.

Muhyiddin berkata pihaknya mendapat maklumat bahawa terdapat unsur ugutan serta sogokan bagi menarik ahli parlimen supaya memberi sokongan.

Presiden Bersatu itu berkata pihaknya telah mengumpul bukti berhubung tawaran tertentu kepada ahli parlimennya untuk menyokong Kerajaan Perpaduan.

“Kita sudah kumpulkan semua maklumat, contohnya dalam kes ahli Parlimen Gua Musang ( Mohd Azizi Abu Naim) dia beritahu dalam mesyuarat Bersatu Kelantan yang lepas dia mendapat tawaran di waktu itu, dan dia menolak semuanya.



“Tapi, tiga hari selepas itu dia umumkan keputusan sokong sana (kerajaan) dan kita syak ada perkara-perkara berlaku yang mungkin melanggar undang-undang dan data ini kami ada kumpulkan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, malam tadi. Mk

Cermin diri dulu Muhyiddin – Puad

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa

Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras



Bersatu sudah jadi Berpecah

Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker