Syed Saddiq letak jawatan presiden Muda

Syed Saddiq letak jawatan presiden Muda

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan melepaskan jawatan presiden Muda sementara proses undang-undang membabitkannya selesai.

Perkara itu diumumkan Syed Saddiq selepas mesyuarat khas diadakan beberapa jam selepas Mahkamah Tinggi mendapatinya bersalah atas pertuduhan berkaitan rasuah.



Menurutnya, jawatan presiden akan dipangku oleh timbalannya Amira Aisya Abd Aziz.

“Saya akan mengosongkan jawatan sebagai presiden Muda sementara membersihkan nama melalui proses mahkamah,” katanya pada sidang media.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi mendapati bekas menteri belia dan sukan itu bersalah atas empat tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada bernilai lebih RM1 juta.

Syed Saddiq ketika itu adalah ketua sayap Pemuda Bersatu atau lebih dikenali sebagai Armada.



Hakim Azhar Abdul Hamid berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap presiden Muda dan Ahli Parlimen Muar itu melampaui keraguan munasabah.

Azhar menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Syed Saddiq letak jawatan presiden Muda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa



Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras

Bersatu sudah jadi Berpecah



Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker