Syed Saddiq didapati bersalah tuduhan pecah amanah, ubah wang haram

Syed Saddiq didapati bersalah tuduhan pecah amanah, ubah wang haram

Mahkamah Tinggi mendapati bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersalah atas empat tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada bernilai lebih RM1 juta.

Hakim Azhar Abdul Hamid berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap presiden Muda dan Ahli Parlimen Muar itu melampaui keraguan munasabah.



Azhar akan mendengar rayuan Syed Saddiq dan hujahan kedua-dua pihak sebelum menjatuhkan hukuman.

Syed Saddiq didapati bersalah bersubahat dengan Rafiq Hakim, yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakannya.

Syed Saddiq ketika itu adalah ketua sayap Pemuda Bersatu atau lebih dikenali sebagai Armada.

Beliau juga didapati bersalah menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.



Syed Saddiq juga didapati bersalah melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya di sebuah bank di Taman Perling, Johor Bahru pada 16 hingga 19 Jun 2018. FMT

Syed Saddiq didapati bersalah tuduhan pecah amanah, ubah wang haram

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta



Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker