MP Langkawi mohon maaf atas kenyataan berbaur lucah
MP Langkawi mohon maaf atas kenyataan berbaur lucah
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah membuat permohonan maaf di Dewan Rakyat hari ini atas kenyataan beliau pada sesi perbahasan Belanjawan 2024 pada 26 Oktober lalu.
Mohd Suhaimi bangun memohon kebenaran Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menggunakan ruang bertanyakan soalan tambahan kepada Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.
“Saya ingin memohon maaf atas kekhilafan saya dalam perbahasan Bajet 2024 saya pada 26 Oktober lalu.
“Permohonan maaf ini dibuat kepada Yang Dipertua dan ahli dewan berhubung kenyataan itu yang mungkin terguris dan tersinggung akibat kekhilafan saya.
“Saya ingin menegaskan, sebagai wakil rakyat pulau lagenda ini, Langkawi amat dekat di hati saya dan isu yang membelenggu rakyat Langkawi tidak wajar diperlekeh atau dipersepsi mana-mana pihak,” katanya.
Serentak itu, beberapa ahli parlimen bersuara mengucapkan tahniah atas tindakan Mohd Suhaimi yang disifatkan mereka sebagai berjiwa besar.
Sebelum ini, Mohd Suhaimi mencetuskan kontroversi apabila didakwa mengeluarkan ucapan yang didakwa seksis kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ke Langkawi tanpa pakaian.
Tindakan itu menyebabkan beberapa pihak menggesa Mohd Suhaimi memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan memalukan termasuk Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman yang turut menghantar usul merujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana membuat kenyataan kurang sopan dan berbaur lucah. HM
MP Langkawi mohon maaf atas kenyataan berbaur lucah
Baca Artikel Menarik:
- Syed Saddiq, kifarah itu benar
- Wanita Malaysia dipenjara rancang potong kemaluan bekas teman lelaki
- Penganut Kristian pun dibunuh Zionis di Gaza– Nadir
- Syed Saddiq dihukum penjara 7 tahun, denda RM10 juta serta 2 sebatan
- ‘You touch, you go’ – Asyraf Wajdi
- Israel, AS pengganas terbesar dunia
- Empat dipercayai tertimbus bangunan runtuh di Pulau Perhentian
- Bersatu terus dibolosi gol sendiri
- Khai Bahar dengar bisikan suruh terjun balkoni rumah
- Briged Al-Qassam musnahkan 136 kenderaan tentera Israel
- Hamas musnahkan 6 kereta kebal Israel di Gaza
- Bolehkah jual produk Amerika Syarikat milik Yahudi?
- MP Bersatu sokong PM tetap katak – Akmal
- Bawa berbincang, jangan sombong – Anwar
- Jurutera conteng dinding kedutaan AS, Caprice ‘payung’ denda
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras
Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)