Israel bunuh 509 penduduk Palestin di hospital – WHO

Israel bunuh 509 penduduk Palestin di hospital – WHO

BAITULMAQDIS: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa serangan Israel ke atas kemudahan penjagaan kesihatan di wilayah Palestin yang diduduki mengakibatkan kematian 509 penduduk Palestin.

Mangsa termasuk pesakit dan kakitangan penjagaan kesihatan, selain 447 yang lain cedera.



Israel melakukan 229 serangan ke atas hospital dan pusat penjagaan kesihatan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Oktober, lapor Agensi Anadolu memetik Sistem Pengawasan mengenai Serangan terhadap Penjagaan Kesihatan (SSA) WHO.

WHO menggesa supaya ‘orang awam dan tempat-tempat penjagaan kesihatan dilindungi secara aktif’, katanya dalam hantaran di X.

Terdapat 34 hospital di Gaza, dengan kira-kira 13 daripadanya mempunyai kapasiti 2,000 katil dan diurus secara langsung oleh Kementerian Kesihatan.

Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada lebih 70 peratus penduduk di wilayah yang terkepung.



Beberapa kemudahan penjagaan kesihatan juga diurus oleh agensi atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Bulan Sabit Merah Palestin dan Persatuan Bantuan Perubatan Palestin.

Selain banyak poliklinik dan pusat perubatan di bawah Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza, pertubuhan amal juga menyediakan perkhidmatan perubatan penting di kawasan kediaman.

Banyak hospital di utara Gaza telah dikosongkan. Beberapa hospital terpaksa menghentikan operasi mereka kerana kerosakan akibat pengeboman Israel atau kekurangan bahan api.

Pada 5 November, sekumpulan doktor Israel mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Hospital Shifa di Semenanjung Gaza yang dikepung, merupakan pangkalan ‘kumpulan bersenjata Palestin’ dan menggesa pengebomannya.



Sebelum ini, kenyataan yang ditandatangani oleh 47 orang rabbi juga menyokong pengeboman Hospital Shifa berdasarkan dakwaan yang sama.

Menurut Pejabat Media kerajaan Gaza, akibat serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, 16 hospital telah menghentikan operasi mereka sepenuhnya manakala 18 hospital lagi hanya beroperasi sebahagian.

Hospital yang tidak lagi beroperasi termasuk Turkish Friendship Hospital (satu-satunya hospital yang merawat pesakit kanser di Gaza), Beit Hanoun Hospital, Hospital Al-Wafa untuk Pembedahan dan Pemulihan Perubatan Khusus serta Hospital Bantuan Awam, Hospital Amal Rakan Pesakit, Al- Karama, Hospital Haifa.

Turut ditutup, Hospital Mata Antarabangsa, Hospital Psikiatri, Hospital Kanak-kanak al-Durrah, Hospital Pemulihan dan Prostetik Hamad, Hospital Amal Dar al-Salaam, Hospital Al-Yemen al-Saeed, Hospital Mata Saint John, Hospital Pakar Al-Hayat dan Hospital Perubatan Khusus Yafa. BH



Israel bunuh 509 penduduk Palestin di hospital – WHO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan



Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)



RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker