Briged Al-Qassam musnahkan 136 kenderaan tentera Israel
Briged Al-Qassam musnahkan 136 kenderaan tentera Israel
GAZA: Pejuang Hamas semalam mengumumkan mereka sudah memusnahkan 136 kenderaan tentera Israel sejak operasi darat dimulakan di Gaza.
Jurucakap, Abu Ubaida, dalam ucapan yang disiarkan di TV Al-Aqsa berkata pihaknya sudah memusnahkan perisai milik Israel sama ada secara penuh atau sebahagian daripadanya.
“Musuh (Israel) menghalang pembebasan tahanan asing kami dengan mempergiatkan serangan udara serta melakukan pembunuhan beramai-ramai, kerana mereka menghalang pembebasan 12 daripada mereka hanya beberapa hari lalu,” katanya.
Mengenai kemungkinan pertukaran banduan, beliau berkata pendekatan perjanjian mereka adalah untuk menukar banduan sama ada secara keseluruhan atau berkumpulan secara berperingkat.
“Kami mempunyai tahanan wanita, warga emas dan mereka yang kurang sihat di penjara pendudukan, sama seperti mereka mempunyai tahanan daripada kategori yang sama,” katanya.
Ketika Operasi Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober lalu, Hamas menawan kira-kira 242 warga Israel untuk pertukaran berpotensi sebagai balasan kepada kira-kira 6,000 tahanan Palestin yang ditahan di penjara Israel, menurut statistik rasmi.
Sebagai protes, waris tahanan Israel menuntut kepulangan segera keluarga mereka dan sering menyuarakan kemarahan kepada kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
Abu Ubaida menambah: Walaupun pembunuhan beramai-ramai dan pengeboman ganas dilakukan, kami bergerak dan terbabit dengan musuh Israel dari jarak dekat. BH
Briged Al-Qassam musnahkan 136 kenderaan tentera Israel
Baca Artikel Menarik:
- Bersatu terkejut MP Gua Musang sokong Anwar lepas tolak habuan
- Graduan UniSZA sempat menatap wajah, cium ayah buat kali terakhir
- Bapa jenis apa rogol anak 105 kali
- Bomoh santau rogol remaja dalam tandas sehingga hamil
- Kapal Bersatu semakin tenggelam, siapa lagi?
- Peniaga Pasar Siti Khadijah bergaduh kerana berebut pelanggan
- Hari kemenangan Palestin akan tiba
- Boikot dosa dan maksiat yang paling utama untuk umat Islam?
- Apa jadi dengan Peja dan Chegu Bard?
- Najib, Muhyiddin bergabung, cadangan syok sendiri
- MP dari PN sokong PM hanya taktik untuk dapatkan peruntukan
- Kekejaman Zionis: Konflik paling kejam, berdarah buat kanak-kanak zaman moden
- Bersatu cuba pancing Najib?
- Kaut hampir RM1 bilion, ‘Datuk Wira’ jadi scammer selama 16 tahu tipu mangsa pelaburan
- MP PAS bengang pas media rasmi wartawan Harakah dibatalkan kerajaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)
RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin
You must be logged in to post a comment.