Kekejaman Israel mesti dihentikan – Zambri Kadir

Kekejaman Israel mesti dihentikan – Zambri Kadir

Serangan tanpa henti rejim Israel ke atas orang awam di Gaza amat membimbangkan, justeru semua negara perlu bersatu menamatkan konflik itu, kata Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, berikutan itu Malaysia kini bekerjasama dengan negara-negara yang sehaluan dengannya, untuk mencapai gencatan senjata segera di Gaza.



“Situasi yang berlaku sekarang amat membimbangkan dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Zambry kepada wartawan pada malam Selasa di New Delhi.

“Semua negara perlu bersatu bagi menangani isu ini,” katanya sambil menekankan lebih 10,000 orang di Gaza terbunuh termasuk 4,000 kanak-kanak dan berpuluh-puluh wartawan termasuk kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam pengeboman Israel sejak 7 Oktober.

Israel telah mengepung Gaza dan menghalang semua bekalan makanan, air, ubat-ubatan dan bekalan elektrik kepada 2.3 juta penduduknya.

Tentera Israel telah mengebom sumber air, bot nelayan, hospital, sekolah, masjid dan memusnahkan keseluruhan blok kediaman, hingga membawa kepada tuduhan melakukan genosid pada skala yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini.



“Tiada individu, pemimpin atau negara yang mempunyai hati nurani dan moral akan bertoleransi dengan kekejaman terhadap mereka yang tidak bersalah,” kata Zambry.

Menteri luar negeri itu berkata kekejaman yang mengerikan sedang berlaku “tanpa ada sifat perikemanusiaan.”

“Ini tidak boleh diterima,” katanya. BH

Kekejaman Israel mesti dihentikan – Zambri Kadir



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan



Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)



RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker