Zahid di penghujung perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen

Zahid di penghujung perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata beliau berada di penghujung perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen, selepas mewakili rakyat Bagan Datuk sejak lebih 20 tahun lalu.

Zahid, yang pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk pada 1995, berkata dirinya sudah menabur bakti di kawasan itu dalam tempoh yang agak panjang.



“Saya menjadi Ahli Parlimen dari 1995, pada hemat saya satu perkhidmatan yang cukup panjang.

“Saya sedang berada di penghujung perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen, tetapi sebelum saya tamatkan perkhidmatan itu saya mahu lihat Bagan Datuk membangun dan maju. Bagan Datuk nombor satu dalam pendidikan di Perak sekurang-kurangnya.

“Saya mahu daerah ini mempunyai infrastruktur yang baik, kita mahu juga kemiskinan dalam kalangan orang India, Cina dan Melayu dikurangkan dan inilah hasrat Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk menoktahkan kemiskinan tegar di seluruh negara,” katanya berucap di Majlis Santunan Kasih Deepavali di Kompleks Umno Bagan Datuk hari ini, menurut Berita Harian.

Ketika ditanya wartawan sama ada penggal ini menjadi penggal terakhirnya, beliau yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah itu hanya memberitahu dirinya berada di penghujung perkhidmatan.



“Ya (saya) di penghujung perkhidmatan, kita akan ada PRU16, ke-17 dan ke-18. Jadi kita tunggulah ketikanya yang sesuai,” katanya.

Zahid merupakan ketua Umno dan Barisan Nasional selepas mengambil alih jawatan daripada Najib Razak apabila kerajaan BN hilang kuasa selepas tewas pada PRU 2018.

BN mempamerkan prestasi terburuk pada PRU tahun lepas, dengan gabungan itu hanya memenangi 30 daripada 191 kerusi yang ditandinginya. Bagaimanapun, tanpa parti yang memperoleh majoriti mudah, Zahid memimpin BN menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. FMT

Zahid di penghujung perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker