Polis siasat video gaduh, pengawal keselamatan ‘hentak’ penghantar makanan [VIDEO]

Polis membuka kertas siasatan berhubung pergaduhan antara penghantar makanan dan pengawal keselamatan di sebuah bangunan di ibu kota.

Dua klip video 3 minit 15 saat dan 2 minit 15 saat yang tular di media sosial hari ini menunjukkan dua lelaki bergaduh, dengan hantaran pada video itu menyatakan penghantar terbabit tidak dibenarkan memasuki bangunan berkenaan, tetapi penerima bertegas supaya penghantar masuk ke bangunan.

Harian Metro melaporkan penghantar dikatakan memarahi pengawal keselamatan itu, yang kemudian memanggil rakan sekerja untuk membantunya sebelum berlaku pergaduhan.



Timbalan Ketua Polis Dang Wangi Nazron Abd Yusof berkata pihaknya sudah mengenal pasti saksi kejadian dan memanggil mereka untuk memberi keterangan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya sambil menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi dan tidak mengganggu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline IPD Dang Wangi 03-2600 2222.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wanita jerit ‘Allahu Akbar’ di dalam kereta api ditembak mati polis di Paris



‘Non muslim reading Quran’ trending di TikTok (Video)

Tidak peka nasib Palestin, Fasha Sanda kena cop ‘bodoh’



Mat Coffee kini dibuka, lupakan Starbuck

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker