Bapa dikhuatiri lemas selepas selamatkan anak daripada tenggelam

Bapa dikhuatiri lemas selepas selamatkan anak daripada tenggelam

PUTATAN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika menyelamatkan anaknya berusia lima tahun dalam kereta mereka yang jatuh ke sungai Kampung Imbahan di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Lasibi Lawahidu, 40-an, dikatakan terjun ke sungai terbabit selepas kereta Perodua Myvi miliknya menggelungsur ke sungai dengan anaknya, Mushab Umair Lasibi, 5, berada di dalamnya.



Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, ketika ditemui di lokasi berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan memancing di tebing sungai manakala anaknya berada dalam kenderaan kenderaan dengan keadaan enjin dihidupkan.

Bagaimanapun, katanya, kenderaan terbabit tiba-tiba bergerak sebelum jatuh ke dalam sungai.

“Mangsa segera terjun dan sempat mengeluarkan anaknya dari kenderaan itu dengan dibantu seorang lelaki yang kebetulan memancing berhampiran.

“Bagaimanapun, sebaik lelaki terbabit menyambut kanak-kanak itu, mangsa dikatakan hilang dari pandangan dan dipercayai tenggelam,” katanya.



Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Rony Sikawan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 5.53 petang.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kota Kinabalu.

“Setakat jam 11 malam ini, mangsa belum ditemui dan operasi masih dijalankan,” katanya.



Katanya, anak mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk rawatan lanjut. BH

Bapa dikhuatiri lemas selepas selamatkan anak daripada tenggelam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah



Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker