‘Kempen Kurangkan Gula’, hanya satu sudu teh gula di Medan Selera Putrajaya

Semua pengusaha premis medan selera di Putrajaya menyahut kempen supaya hanya satu sudu teh gula diletakkan pada minuman jualan mereka untuk menjaga kesihatan pelanggan.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, berkata beberapa pengusaha premis telah mengambil inisiatif berkenaan sebelum kementeriannya melancarkan ‘Kempen Kurangkan Gula’ hari ini.

Menurutnya, premis terbabit di Presint 8,9,11 dan 16 selain Laman Perdana Presint 1, Laman Duta Presint 15 dan Trak Makanan Putrajaya.



“Saya difahamkan semua pengusaha minuman di medan selera sekitar Putrajaya telah bersetuju melaksanakan penggunaan satu sudu teh gula sahaja bagi setiap minuman yang dipesan,” katanya menurut Bernama dalam ucapan pelancaran Kempen Kurangkan Gula 2023 peringkat kebangsaan.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan Zainal Alhakab Seman.

Zaliha turut berharap usaha di pusat pentadbiran kerajaan itu dicontohi di tempat lain terutama membabitkan premis dipantau pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pihak negeri juga diharapkan dapat menyebarkan pelaksanaan pengurangan gula ini di peringkat negeri masing-masing dengan memberi fokus kepada pengusaha minuman di gerai dan medan selera dengan kerjasama majlis perbandaran atau pihak berkuasa tempatan masing-masing,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker