12 MP PKR yang mahu Minggu Solidariti Palestin KPM dikaji semula ditentang
PAS menyuarakan rasa “kurang selesa” berhubung gesaan yang dibuat 12 wakil rakyat PKR agar penganjuran Minggu Solidariti Palestin dikaji semula, terutama dengan istilah yang digunakan.
Sementara setuju pengisian program yang mengundang perhatian baru-baru ini perlu dihindari, PAS berkata ia bukan isu pokok untuk menjadi sebab pelaksanaan minggu tersebut dipertimbang semula.
“PAS berasa kurang selesa dengan tindakan 12 wakil rakyat PKR menggunakan terma seperti dendam, kebencian dan keganasan sebagai asas kebimbangan dan bantahan mereka terhadap program Minggu Solidariti Palestin di sekolah dan institusi pengajian awam anjuran Kementerian Pendidikan (KPM).
“Penggunaan terma sedemikian walaupun secara negatif, bukan sahaja terdedah kepada salah anggap, malah kelihatan seperti mahu melanjutkan lagi naratif dakyah dan prasangka yang dijuarai oleh media Barat serta pihak yang menyokong rejim aparteid Israel apabila merujuk kepada perjuangan rakyat Palestin,” kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dalam kenyataan hari ini.
Takiyuddin berkata, kumpulan wakil rakyat PKR itu perlu lebih berhati-hati agar tidak dilihat cuba memberi gambaran salah berkenaan perjuangan rakyat Palestin atau cuba mensabotaj hasrat KPM untuk mendedahkan para pelajar terhadap konflik Palestin-Israel.
Semalam, tiga ahli Parlimen dan sembilan Adun PKR dalam kenyataan bersama menggesa KPM mengkaji semula penganjuran Minggu Solidariti Palestin agar sekolah dan institusi pendidikan awam bebas daripada unsur kebencian, dendam dan keganasan.
Walaupun KPM bertujuan menyemai nilai manusiawi kepada pelajar menerusi program itu, sukar untuk kementerian itu memantau perjalanan program tersebut, kata kumpulan itu yang kesemuanya terdiri daripada etnik Cina.
DAP juga menggesa minggu itu dikaji semula dan tindakan tatatertib dikenakan terhadap pihak yang menganjurkan program yang mengandungi unsur-unsur keganasan dan ekstremisme.
Ia selepas tersebar gambar murid memegang senjata mainan di sekolah, sambil mengenakan selendang kufia dan ikat kain di kepala yang tertera sokongan untuk Palestin.
KPM bagaimanapun menjelaskan program itu tidak termasuk dalam pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dan jelas tidak mengikut panduan yang telah ditetapkan.
Takiyuddin turut menggesa KPM menyediakan garis panduan lebih terperinci kepada sekolah dan institusi pendidikan berhubung pengisian Minggu Solidariti Palestin.
“PAS bersetuju bahawa elemen-elemen sedemikian (melibatkan replika senjata) tidak harus dibawa masuk atau disuburkan dbukan sahaja dalam kalangan pelajar, malah masyarakat kita juga.
“Namun demikian, penggunaannya dalam konteks perjuangan dan penentangan sah rakyat Palestin terhadap pencerobohan dan penaklukan oleh sebuah rejim yang terbentuk secara unilateral berdasarkan percaturan kepentingan tidak sah kuasa-kuasa kolonial selepas tamatnya Perang Dunia ke-2 itu adalah sama buruknya dengan pencerobohan dan penaklukan yang dilakukan,” katanya.
Katanya lagi, undang-undang dan nilai sejagat menerima perjuangan pembebasan daripada penjajahan sebagai hak asasi, sama ada secara aman dan diplomasi mahupun perjuangan bersenjata.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Iklan ‘rasis’ cetus kontroversi, Big Pharmacy mohon maaf
- Arwah Bad hubungi anak, janji beli kasut bola sebelum tutup mata
- Norish Karman kritik Himpuan Rakyat Malaysia Bersama Palestin
- Artis lama sorok derita
- Serangan DragonForce terhadap rangkaian strategik Zionis, BNM keluar notis berjaga-jaga
- Nyawa pelancong melayang kerana jambatan kaca pecah
- Gara-gara booking homestay melalui internet, penyewa dapat vila yang menyeramkan
- Kanak-kanak Malaysia jadikan Roblox tempat bersolidariti untuk Palestin mengejutkan dunia [VIDEO]
- China beri amaran pada Amerika
- Teresa datang Langkawi tak pakai apa pun tak apa – Suhaimi
- Anak syaitan bersantai di Miami ketika belia Yahudi dikerah berperang
- Imej satelit papar kemusnahan di Gaza
- Umat Islam akhir zaman kena penyakit WAHAN
- Siti Jamumall jaga abang OKU, bukan ‘biawak hidup’
- Tengoklah dulu kalau mereka minta tolong – Shila Amzah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ira Kazar kena lagi dengan netizen
Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa
Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur
You must be logged in to post a comment.