Resolusi gencatan senjata PBB, Malaysia sambut baik

Malaysia menyambut baik resolusi yang diluluskan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) semalam berhubung gencatan senjata segera dan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza tanpa halangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata keputusan resolusi itu penting berikutan situasi terkini di Gaza yang dilihat semakin kritikal.

“Setiap minit dan saat begitu penting kepada rakyat Palestin di Gaza.

“Dalam (tempoh) seminit macam-macam perkara boleh berlaku seperti pengeboman bahkan capaian internet di sana juga hampir terputus.. ini melibatkan isu kemanusiaan merentasi agama.

“Malah, kalau kita lihat negara yang menyokong resolusi ini juga kebanyakan negara bukan Islam dan sudah pasti kerajaan sambut baik resolusi yang dipersetujui oleh 120 negara,” katanya kepada pemberita pada program Ziarah Asnah 3.0, di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, UNGA menerima resuolusi menggesa gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan yang dusulkan Jordan itu diluluskan oleh Perhimpunan Agung dengan 120 undi menyokong, 14 menentang dan 45 tidak mengundi.

Selain itu, Mohd Na’im mengucapkan syabas kepada rakyat Malaysia atas semangat solidariti yang ditonjolkan dan berharap agar usaha itu dapat terus ditingkatkan serta disambut oleh masyarakat Islam mahupun bukan Islam.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang memberi sumbangan kewangan untuk menggunakan saluran bantuan yang betul agar tidak tertipu dengan pihak tidak bertanggungjawab (scammer) yang mengambil kesempatan menubuhkan akaun sendiri bagi kepentingan diri.

Berhubung mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (Harmoni) hari ini, beliau berkata sebuah jawatankuasa kecil akan ditubuhkan di bawah Harmoni bagi mencadang dan melaksanakan program-program berbentuk perpaduan.

Jawatankuasa itu dianggotai 30 ahli terdiri daripada tiga wakil kerajaan, 10 wakil agama Islam, masing-masing empat wakil agama Buddha dan agama Kristian serta masing-masing dua wakil agama Hindu dan agama Tao.

Terdahulu, beliau membuat lawatan ke Pusat Agihan Zakat (Paza) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) cawangan Titiwangsa sebelum menziarahi tiga buah rumah asnaf di sekitar Kuala Lumpur.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker