Bad Indigo enggan buat rawatan jantung, simpan KWSP buat anak – Liza Hanim
Penyanyi Liza Hanim mendedahkan dia dan suami, Shahrin Samsudin pernah menasihati Allahyarham Bad Indigo agar melakukan rawatan jantung supaya kondisi kesihatannya lebih terkawal.
Begitupun, pemilik nama penuh Haliza Hanim Abdul Halim itu berkata arwah enggan melakukan rawatan tersebut meskipun mempunyai wang simpanan dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Kerja (KWSP).
Menurutnya, Bad tidak mahu menggunakan KWSP kerana ingin menyimpan untuk masa depan anak-anaknya.
“Pertama kali dia jatuh sakit waktu itu di pejabat, dia nampak lemah sangat, tetapi masih semangat dan hanya berbaring sebelum dibawa ke hospital.
“Bila sampai hospital baru tahu yang sebenarnya dia mempunyai masalah jantung.
“Saya dan suami menasihatkan dia buat stent jantung, tapi dia enggan buat sebab nak simpan duit KWSP untuk anak-anak. Dia tidak mahu usik duit itu,” katanya kepada Kosmo! Online.
Pada masa sama, penyanyi berusia 43 tahun itu akan sentiasa mengingati kenangan bersama arwah sepanjang dua dekad mereka berkawan baik.
“Hidup perlu diteruskan, arwah tetap ada dalam hati saya dan suami. Kami yang hidup semua kena kuat.
“Selama mana saya kenal dengan suami saya, selama itu saya kenal dengan arwah. Arwah pun bekerja dengan syarikat saya selama 10 tahun lebih. Saya tahu yang dia sakit,” ujarnya.
Sekitar 100 ahli keluarga serta kenalan mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham Badrul Izhan Shahrizan atau Bad Indigo di Tanah Perkuburan Kota Damansara dekat sini, pukul 2.50 petang tadi.
Jenazahnya selamat dikebumikan selepas solat Jumaat, manakala urusan memandikan dan sembahyang jenazah dilaksanakan di Masjid Tun Abdul Aziz di sini.
Ramai rakan artis yang mengiringinya termasuk semua anggota kumpulan Indigo, Liza Hanim sendiri dan bekas isteri Bad, Ashira.
Bad menghembuskan nafas terakhir pukul 7 malam, semalam selepas mengalami sesak nafas di tempat kerjanya di Reiber Auto di Bukit Permai, Ampang, Selangor.
Arwah yang berusia 48 tahun itu, kehilangan kesemua jari kaki kiri seja Mac tahun lalu akibat kencing manis
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Iklan ‘rasis’ cetus kontroversi, Big Pharmacy mohon maaf
- Arwah Bad hubungi anak, janji beli kasut bola sebelum tutup mata
- Norish Karman kritik Himpuan Rakyat Malaysia Bersama Palestin
- Artis lama sorok derita
- Serangan DragonForce terhadap rangkaian strategik Zionis, BNM keluar notis berjaga-jaga
- Nyawa pelancong melayang kerana jambatan kaca pecah
- Gara-gara booking homestay melalui internet, penyewa dapat vila yang menyeramkan
- Kanak-kanak Malaysia jadikan Roblox tempat bersolidariti untuk Palestin mengejutkan dunia [VIDEO]
- China beri amaran pada Amerika
- Teresa datang Langkawi tak pakai apa pun tak apa – Suhaimi
- Anak syaitan bersantai di Miami ketika belia Yahudi dikerah berperang
- Imej satelit papar kemusnahan di Gaza
- Umat Islam akhir zaman kena penyakit WAHAN
- Siti Jamumall jaga abang OKU, bukan ‘biawak hidup’
- Tengoklah dulu kalau mereka minta tolong – Shila Amzah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa
Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur
You must be logged in to post a comment.