Amerika melindungi penjenayah perang yang dilakukan oleh Zionis
“Semua masalah ini tidak akan selesai dengan segera kerana Amerika Syarikat (AS) adalah sekutu Israel dan mereka akan melindungi jenayah perang dilakukan Zionis di sana.
“Saya masih mempunyai ahli keluarga di Jenin, mereka dalam keadaan selamat tetapi situasi di sana tidak stabil.
“Bila-bila masa sahaja pertempuran baru akan berlaku dan ini sangat merisaukan,” katanya ketika ditemui di Kuantan, Pahang, hari ini.
Selepas hampir 30 tahun tidak kembali ke Jenin di Tebing Barat, Dr Radwan Jamal Elatrash (gambar utama) masih berharap konflik berterusan di Gaza dapat menemui jalan penyelesaian.
Dia yang kini bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Kuantan, Pahang mengakui perkembangan di Palestin sejak 7 Oktober lalu akan memberi kesan berpanjangan terhadap konflik di Asia Barat.
Terdahulu, Radzwan menjadi ahli panel dalam forum sempena pelancaran Tabung Pahang For Palestine yang dilancarkan Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail.
Wan Rosdy mengumumkan kerajaan Pahang menyumbang RM100,000 kepada tabung itu.
Ditanya mengenai krisis yang tercetus sejak kira-kira tiga minggu lalu di Gaza, Dr Radzwan berkata jelas bahawa Israel sedang melakukan “pembunuhan beramai-ramai”.
“Saya cuma boleh gambarkan dengan satu perkataan saja iaitu ‘genocide’ dan ia akan berterusan jika masyarakat dunia tidak bersatu hati mengutuk kekejaman dilakukan tentera Zionis,” katanya lagi.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sehingga semalam sekurang-kurangnya 7,326 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan ke atas Gaza sejak awal bulan ini.
Daripada jumlah itu, seramai 3,038 adalah kanak-kanak.
Sementara itu, seorang lagi warga Palestin yang kini menyambung pengajian di ibu negara, Ahmad Radzwan Jamal berkata dia sangat tersentuh dengan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.
“Saya gembira apabila begitu ramai orang memberi sokongan kepada kami. Saya harap semua negeri di Malaysia juga dapat bersama-sama menghulurkan sumbangan kepada Palestin melalui tabung disediakan,” katanya.
Dia yang mempunyai keluarga di Tebing Barat memberitahu hampir semua kenalannya masih dalam keadaan selamat.
“Cuma keadaan di sana sangat tidak stabil, namun paling terjejas ketika ini adalah semenanjung Gaza.
“Kalau nak dibandingkan situasi di Gaza 100 kali ganda lebih dasyat berbanding Tebing Barat,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Iklan ‘rasis’ cetus kontroversi, Big Pharmacy mohon maaf
- Arwah Bad hubungi anak, janji beli kasut bola sebelum tutup mata
- Norish Karman kritik Himpuan Rakyat Malaysia Bersama Palestin
- Artis lama sorok derita
- Serangan DragonForce terhadap rangkaian strategik Zionis, BNM keluar notis berjaga-jaga
- Nyawa pelancong melayang kerana jambatan kaca pecah
- Gara-gara booking homestay melalui internet, penyewa dapat vila yang menyeramkan
- Kanak-kanak Malaysia jadikan Roblox tempat bersolidariti untuk Palestin mengejutkan dunia [VIDEO]
- China beri amaran pada Amerika
- Teresa datang Langkawi tak pakai apa pun tak apa – Suhaimi
- Anak syaitan bersantai di Miami ketika belia Yahudi dikerah berperang
- Imej satelit papar kemusnahan di Gaza
- Umat Islam akhir zaman kena penyakit WAHAN
- Siti Jamumall jaga abang OKU, bukan ‘biawak hidup’
- Tengoklah dulu kalau mereka minta tolong – Shila Amzah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa
Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur