Trelerai akhirnya.. Air mata Abdullah mengalir bila rahsia bahawa ibu, abi dan adik beradik sudah tiada
MUAR: “Terlerai sudah segala rahsia yang kami simpan selama ini selepas dia (Abdullah) sudah tahu ibu, abi dan adik beradik lain sudah tiada,” demikian kata Mohd Hairul Noor Muhammad, 54, susulan anak saudaranya, Abdullah Amir Ruddin, 15, mendapat tahu pemergian keluarganya dalam kemalangan 1 September lalu.
Mohd Hairul yang sebelum ini pernah memberi kiasan kepada Abdullah termasuk menyebut nama arwah datuknya, Noor Muhammad Kassim namun remaja itu seolah-olah tidak mengerti apa yang cuba disampaikannya.
“Selama ini, saya terfikir-fikir apa yang perlu lakukan untuk memberitahu perkara sebenar. Setiap malam sebelum tidur, saya cuba bagaimana nak cerita perkara sebenar.
“Tiba-tiba malam kelmarin, dia buka mulut mengatakan ibu dan abi sudah tiada. Dia berbual dengan emak saya (Norliah Md Noh) dan emak menitis air mata bila diberitahu mengenai perkara itu.
“Sekarang hati saya lapang, apa yang cuba saya beritahu akhirnya dia ketahui sendiri. Walaupun dalam keadaan semakin pulih, namun dia seolah-olah masih belum mengerti apa sebenarnya berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Parit Lapis, Parit Jawa, hari ini.
Dalam pada itu, keluarga Mohd Hairul menunjukkan gambar arwah ibu, abi dan adik beradik lain kepada Abdullah ketika mereka sedang makan malam kelmarin.
Gambar itu dalam simpanan telefon bimbit ibu saudaranya, Nora Hila, 40, sebelum mereka sepakat untuk menunjukkan kepadanya.
Namun, keadaan bertukar pilu apabila Abdullah yang kelihatan ketawa tiba-tiba tersentak apabila abangnya, Abdur Rahman, 19, menunjukkan gambar jenazah mereka.
Suasana di rumah mereka hiba apabila masing-masing menitiskan air mata sementara Abdur Rahman dilihat cuba membantu mengesat air mata adiknya.
“Malam tadi (kelmarin), kami sepakat untuk menunjukkan gambar, dia pun berkata ‘itu jenazah ibu, ibu sudah tiada’. Patutlah lama dia tak datang jumpa Abdullah.
“Kami satu rumah menangis bila dia sebut ‘jenazah ibu’. Walaupun dia ketawa tetapi air mata mengalir.
“Sebenarnya dari awal kami sengaja tidak mahu menceritakan perkara sebenarnya kerana kelak dia akan faham serta mengetahui perkara sebenar.
“Setiap kali pergi ziarah kubur keluarga Allahyarham, saya meluahkan apa yang perlu saya lakukan supaya Abdullah tahu yang ahli keluarganya sudah tiada,” katanya.
Tragedi memilukan itu meragut nyawa pasangan suami isteri Amir Ruddin Ismail, 46, dan Noorahimah Noor Muhamad, 43. Empat lagi anak pasangan itu, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, turut terkorban.
Mereka sekeluarga dilaporkan dalam perjalanan dari Kluang ke Segamat untuk menghantar Noorahimah yang bertugas sebagai guru Sekolah Agama Kemedak.
Tujuh beranak itu menaiki Perodua Alza dan pada hari kejadian, hanya Abdur Rahman tidak ikut bersama kerana ada urusan lain.
Abdullah Amir Ruddin pula terselamat dalam nahas kira-kira jam 6.30 petang itu tetapi cedera parah dalam kejadian itu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Iklan ‘rasis’ cetus kontroversi, Big Pharmacy mohon maaf
- Arwah Bad hubungi anak, janji beli kasut bola sebelum tutup mata
- Norish Karman kritik Himpuan Rakyat Malaysia Bersama Palestin
- Artis lama sorok derita
- Serangan DragonForce terhadap rangkaian strategik Zionis, BNM keluar notis berjaga-jaga
- Nyawa pelancong melayang kerana jambatan kaca pecah
- Gara-gara booking homestay melalui internet, penyewa dapat vila yang menyeramkan
- Kanak-kanak Malaysia jadikan Roblox tempat bersolidariti untuk Palestin mengejutkan dunia [VIDEO]
- China beri amaran pada Amerika
- Teresa datang Langkawi tak pakai apa pun tak apa – Suhaimi
- Anak syaitan bersantai di Miami ketika belia Yahudi dikerah berperang
- Imej satelit papar kemusnahan di Gaza
- Umat Islam akhir zaman kena penyakit WAHAN
- Siti Jamumall jaga abang OKU, bukan ‘biawak hidup’
- Tengoklah dulu kalau mereka minta tolong – Shila Amzah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa
Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur
You must be logged in to post a comment.