Simpati jangan sampai dikhianati

Simpati jangan sampai dikhianati

SETIAP kali rejim Zionis Israel bertindak ganas dengan menyasarkan orang awam dalam misi ketenteraan sama ada serangan darat atau udara terutamanya di Semenananjung Gaza, pasti mengundang simpati jutaan manusia di seluruh dunia.

Rakyat Malaysia juga tidak terkecuali menghulurkan simpati dengan nasib rakyat Palestin yang ditindas penjajah negara haram Israel sejak 75 tahun lalu.

Tidak cukup dengan mengadakan himpunan solidariti terhadap nasib saudara seagama di Palestin, mereka turut ringan tangan menghulurkan bantuan kewangan hingga mencecah jutaan ringgit.

Terbaharu, kerakusan kerajaan Israel membantai orang awam di Semenanjung Gaza atas alasan membalas dendam terhadap kumpulan Hamas yang dituduh menyerang negara haram itu pada 7 Oktober lalu mengundang kemarahan jutaan manusia di seluruh dunia.

Maka, banyaklah pihak terutamanya badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi peluang kepada orang ramai menderma menerusi akaun mereka.

Mungkin ada pihak yang ikhlas membuka akaun untuk orang ramai menderma, namun kita perlu lebih berhati-hati berkemungkinan terdapat yang cuba menangguk di air keruh untuk kepentingan peribadi.

Umat Islam diminta agar menyiasat terlebih dahulu latar belakang individu atau NGO yang mengutip sumbangan dalam menyampaikan bantuan kepada mereka yang sedang sengsara di Palestin.

Ini kerana, banyak NGO yang tumbuh bak cendawan selepas hujan terutamanya ketika isu Palestin sedang hangat ketika ini, lagipun rakyat Malaysia terkenal dengan sikap pemurah.

Tambahan pula timbul isu panas baru-baru ini, dikatakan terdapat NGO menggunakan wang sumbangan orang ramai sehingga 40 peratus untuk kegunaan kos operasi, urusan pentadbiran dan perjalanan.

Tidak diketahui sejauh mana kebenarannya, biarlah pihak berwajib menjalankan siasatan. Jika betul, tindakan sewajarnya perlu diambil kerana ia melibatkan kepercayaan orang ramai bahawa setiap sen yang didermakan itu sampai kepada mereka yang ditindas.

Semangat umat Islam di Malaysia yang berkobar-kobar membantu mereka yang memerlukan di Gaza mungkin luntur selepas berasa dikhianati pihak-pihak tidak bertanggungjawab hingga bantuan yang diberikan tidak sampai kepada golongan sasar.

Dalam hal ini, orang ramai perlu lebih bijak dengan memilih NGO yang jujur dan amanah kerana sebenarnya masih banyak NGO di Malaysia yang benar-benar berjuang untuk pembebasan rakyat Palestin.

Buatlah pengesahan terlebih dahulu sekiranya ada pihak meminta sumbangan derma untuk Palestin kerana dikhuatiri membuka ruang kepada penipuan.

Buatlah sumbangan kepada NGO yang sudah lama membantu Palestin dan bukan yang muncul secara tiba-tiba kerana mereka mempunyai pelbagai bukti seperti gambar dan video program bantuan, penyata kira-kira keluar masuk wang serta perjalanan aktiviti yang dilakukan. K Online

Simpati jangan sampai dikhianati

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker