Pandu lawan arus, pemandu Exora biru ditahan polis

PETALING JAYA: Seorang warga emas ditahan kerana memandu melawan arus di Jalan Rasah, Seremban hari ini.

Ketua Polis Seremban, Arifai Tarawe, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira 10 pagi tadi membabitkan Proton Exora biru yang dipandu lelaki 73 tahun itu.

“Kenderaan itu bergerak di lorong paling kanan secara melawan arus menuju ke arah Seremban 3 dan perbuatan ini boleh mendatangkan bahaya kepada diri serta pengguna jalan raya lain.



“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seremban mengesan suspek di Taman Desa Rasah dan ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ).

Satu video 16 saat tular di media sosial memaparkan sebuah kenderaan memandu secara berbahaya dan melawan arus di Jalan Rasah.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker