Lelaki maut dengan kesan tetakan di tepi kebun getah

Baling: Seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan tetakan pada tengkuk di tepi kebun getah yang dikelilingi semak di jalan arah Kampung Sirako-Tebing Tinggi, dekat Kupang, di sini pagi tadi.

Mayat dipercayai warga asing itu ditemui berhampiran sebuah motosikal yang terbalik sebelum ia dimaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata sepasukan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 9.30 pagi.

“Lokasi kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan identiti mangsa belum dikenal pasti, namun si mati dianggar berusia sekitar awal 40-an.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada badan si mati dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya memaklumkan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.

Shamsudin berkata, susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai pengusaha kebun sayur, selain lima warga asing di kawasan kebun yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker