KPM larang unsur ekstremisme, keganasan dalam Minggu Solidariti Palestin
KUALA LUMPUR: Sebarang unsur ekstremisme dan keganasan dilarang sama sekali semasa penganjuran Minggu Solidariti Palestin oleh mana-mana institusi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
KPM melalui kenyataan berkata, pihaknya mengambil perhatian kebimbangan masyarakat mengenai video tular di media sosial mengenai sebuah program di sekolah yang memaparkan unsur ekstremisme.
Katanya, KPM menggalakkan penganjuran Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya yang dijadualkan berlangsung pada 29 Oktober hingga 3 November ini.
“Ia bertujuan mendidik murid nilai-nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi kemanusiaan, keamanan dan kedamaian sejagat.
“Justeru, KPM tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti berbentuk ekstremisme di sepanjang penganjuran program Minggu Solidariti Palestin.
“Penggunaan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi tidak dibenarkan sama sekali,” katanya.
Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan supaya penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah dikawal supaya ia tidak menimbulkan sebarang masalah.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pentadbiran sekolah untuk membuat pertimbangan sewajarnya berhubung program dianjurkan KPM itu.
Dalam pada itu, KPM menggalakkan penganjuran aktiviti yang mendukung isu kemanusiaan seperti tayangan video kedamaian, sayembara puisi kemanusiaan, pertandingan lukisan poster tema kedamaian dan kutipan sumbangan kepada rakyat Palestin di sepanjang pelaksanaan program terbabit.
“Sehubungan itu, semua institusi di bawah KPM diminta sentiasa mengikuti panduan penganjuran yang ditetapkan.
“Minggu Solidariti Palestin perlu dijadikan platform untuk mendidik murid tentang nilai-nilai murni, toleransi, kasih sayang dan saling hormat menghormati,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Iklan ‘rasis’ cetus kontroversi, Big Pharmacy mohon maaf
- Arwah Bad hubungi anak, janji beli kasut bola sebelum tutup mata
- Norish Karman kritik Himpuan Rakyat Malaysia Bersama Palestin
- Artis lama sorok derita
- Serangan DragonForce terhadap rangkaian strategik Zionis, BNM keluar notis berjaga-jaga
- Nyawa pelancong melayang kerana jambatan kaca pecah
- Gara-gara booking homestay melalui internet, penyewa dapat vila yang menyeramkan
- Kanak-kanak Malaysia jadikan Roblox tempat bersolidariti untuk Palestin mengejutkan dunia [VIDEO]
- China beri amaran pada Amerika
- Teresa datang Langkawi tak pakai apa pun tak apa – Suhaimi
- Anak syaitan bersantai di Miami ketika belia Yahudi dikerah berperang
- Imej satelit papar kemusnahan di Gaza
- Umat Islam akhir zaman kena penyakit WAHAN
- Siti Jamumall jaga abang OKU, bukan ‘biawak hidup’
- Tengoklah dulu kalau mereka minta tolong – Shila Amzah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa
Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U
Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur
You must be logged in to post a comment.