Bad pernah cakap dia ada masalah jantung – Ashira Aziz
Penyanyi Ashira Aziz terkejut dan tidak menyangka apabila menerima berita kematian mengejut bekas suaminya iaitu penyanyi Allahyarham Bad Indigo yang dikhabarkan meninggal dunia hari ini.
Ashira atau nama lengkapnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 39, ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia dimaklumkan oleh penyanyi, Liza Hanim bahawa arwah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada di tempat kerjanya.
“Arwah meninggal kena serangan jantung dekat tempat kerja. Difahamkan arwah masih ada di sana (tempat kerja) dan belum dibawa ke hospital,” katanya kepada Kosmo! Online.
Ujar Ashira, ketika masih bergelar isteri kepada Bad, bekas suaminya itu pernah memberitahu tentang masalah jantung yang dihidapinya, selain turut menunjukkan ubat-ubatan (berkaitan jantung) yang perlu dimakan jika berlaku serangan mengejut.
“Sebelum ini arwah memang ada cakap dia ada masalah jantung. Dia juga pernah tunjukkan saya ubat-ubatan yang dia makan supaya saya tahu jika terjadi apa-apa padanya.
“Tapi dia ada beritahu juga, sudah lama tidak mempunyai apa-apa masalah pada jantungnya. Namun sudah ajalnya begitu,” jelas Ashira.
Pada masa sama, bekas Bintang program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu berkata, dia sudah lama tidak berhubung dengan arwah, sejak mereka berpisah pada Jun tahun lalu dan membawa haluan hidup masing-masing.
Bagaimanapun, melihat pada beberapa perkara yang dikongsikan bekas suaminya itu dalam media sosial, Ashira gembira apabila melihat lelaki itu semakin sihat dan cergas, berbanding ketika dia jatuh sakit.
“Saya sudah lama tidak berhubung atau berjumpa dengan arwah sejak berpisah. Masing-masing bawa haluan sendiri. Tapi saya nampak perubahan arwah makin sihat dan baik menerusi perkongsiannya dalam TikTok.
“Tapi tidak sangka pula, hari ini arwah telah pergi buat selama-lamanya,” kata Ashira.
Terdahulu, Ashira pernah mendirikan rumah tangga dengan Bad atau nama lengkapnya Badrul Izhan Yeop Abdullah pada 11 Mac 2021.
Sayangnya, perkahwinan mereka menemui titik noktah apabila masing-masing sepakat memilih berpisa sekitar Jun lalu.
Hari ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita kematian penyanyi itu yang dikongsikan oleh penyanyi, Liza Hanim menerusi hantaran dalam InstaStory.
Difahamkan, arwah meninggal dunia di bengkel kereta tempat dia bekerja di Ampang, pukul 7 petang sebentar tadi.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya tak gentar dengan usul sekatan ahli Parlimen Eropah terhadap Malaysia
- Fizi Ali ‘main air’ dengan isteri baharu
- Nikita Mirzani kena troll mahu ke Palestine untuk berperang
- Wan Saiful didakwa 18 tuduhan baharu ubah wang haram
- Bekas PM Israel cuak BBC memihak kepada Hamas, Gaza
- Nadia Brian dapat duda pun puas hati
- Bolehkah PAS dapatkan undi dari kafir, tanya Ti
- Pencuri ‘halimunan’ pakai tangkal akhirnya tumpas
- Nelayan selamatkan wanita terjun Jambatan Pulau Pinang [VIDEO]
- Manuskrip Melayu ratusan tahun ditemui di Belanda
- Enam kuasa besar juga sudah tidak tahan saksi penderitaan penduduk Gaza
- Boleh berkenalan?
- Kini masa singkir ‘kayu mati’ dalam Jemaah Menteri
- ‘Rupanya lelaki yang mati itu bekas suamiku…’
- Pembunuhan Palestin: Wartawan Romania kantoi meniarap cemas fitnah Hamas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa