Teresa boleh datang Langkawi, tak pakai apa pun tak apa – MP Langkawi

Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) cuba mempertahan kerajaan Kedah daripada dakwaan mengenakan kod etika pakaian kepada pelancong.

Bagaimanapun, kenyataannya mencetuskan kontroversi lain apabila mengundang Teresa Kok (PH-Seputeh) ke pulau peranginan itu tanpa pakaian.

“Saya nak jemput khusus kepada Seputeh, YB Seputeh datang tak mahu pakai apa pun tak apa,” katanya.



Sebelum itu Kok memintanya mengesahkan sama ada benar pelancong tidak dibenarkan memakai seluar pendek di kawasan bawah pentadbiran kerajaan PAS itu.

Timbalan speaker Alice Lau Kiong selepas itu mengarahkan perbahasan dihentikan atas alasan masa sudah tamat.

Suhaimi bagaimanapun menuding kembali kepada Kok kerana dia yang bertanya berkaitan berkaitan pemakaian seluar pendek di Langkawi terlebih dahulu.

Chong Zhemin (PH-Kampar) kemudian meminta Suhaimi menarik balik kenyataan itu.



Dia berkata memang tidak sesiapa boleh berbogel di pantai kerana perkara itu melanggar undang-undang.

“Tak pakai apa-apa pergi Langkawi itu langgar undang-undang.

“Mana boleh tak pakai apa-apa, bogel,” katanya.

Kok juga kemudian membidas Suhaimi sebagai lucah dan mempunyai “fikiran kurang bersih”.



Timbalan speaker kemudian mencelah dan meminta semua orang duduk dan tidak membazir masa parlimen.

Baru-baru ini Menteri Pelancongan Tiong King Sing ketika di parlimen mendakwa terdapat pelancong mengadu kepada kementerian berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa pegawai kerajaan tertentu di Langkawi yang mengganggu pelancong mengenai etika berpakaian dan pengambilan alkohol.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor bagaimanapun menyangkal dakwaan terdapat larangan itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein



Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha



Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker