PM beri arahan segerakan projek infrastruktur negeri
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menegaskan adalah penting untuk projek-projek pembangunan dan infrastruktur di negeri-negeri dipercepatkan, termasuk mempermudah proses-proses terbabit antara kerajaan Persekutuan dan negeri seperti pindah milik pemilikan tanah.
“Selain itu, perancangan dan pembangunan koridor juga perlu mengambil kira perancangan dan potensi pembangunan dengan negara-negara jiran,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara, Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
Mesyuarat pada petang semalam telah dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri selain wakil Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak industri.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, selaras dengan agenda Ekonomi MADANI untuk menstruktur semula ekonomi negara, kerajaan juga telah memutuskan untuk melaksanakan rasionalisasi agensi galakan pelaburan.
“Aktiviti promosi dan kelulusan insentif pelaburan akan dipusatkan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA).
“Pihak berkuasa koridor pula akan menumpukan peranan untuk menyokong pelaksanaan/merealisasikan pelaburan,” kata beliau menerusi catatan di laman sosial “X” yang dulu dikenali sebagai Twitter.
Mesyuarat berkenaan turut membincangkan status pelaburan masuk dan pembangunan infrastruktur terkait dengan setiap koridor.
Tiga Wilayah Koridor utama catat pelaburan kumulatif, komited RM759.2 bilion
Anwar turut berkongsi pencapaian yang menyaksikan sejumlah RM185 bilion pelaburan kumulatif dicatatkan oleh Wilayah Ekonomi Koridor utara bagi 2022 dan melebihi sasaran RM146.5 bilion bagi tempoh 2021 hingga 2025.
Selain itu, Iskandar Malaysia mencatat pelaburan komited berjumlah RM409.5 bilion berbanding sasaran RM383 bilion untuk dicapai sehingga 2025.
“Wilayah Ekonomi Pantai Timur pula telah menerima pelaburan komited berjumlah RM164.7 bilion,” kata beliau. – BERNAMA
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya tak gentar dengan usul sekatan ahli Parlimen Eropah terhadap Malaysia
- Fizi Ali ‘main air’ dengan isteri baharu
- Nikita Mirzani kena troll mahu ke Palestine untuk berperang
- Wan Saiful didakwa 18 tuduhan baharu ubah wang haram
- Bekas PM Israel cuak BBC memihak kepada Hamas, Gaza
- Nadia Brian dapat duda pun puas hati
- Bolehkah PAS dapatkan undi dari kafir, tanya Ti
- Pencuri ‘halimunan’ pakai tangkal akhirnya tumpas
- Nelayan selamatkan wanita terjun Jambatan Pulau Pinang [VIDEO]
- Manuskrip Melayu ratusan tahun ditemui di Belanda
- Enam kuasa besar juga sudah tidak tahan saksi penderitaan penduduk Gaza
- Boleh berkenalan?
- Kini masa singkir ‘kayu mati’ dalam Jemaah Menteri
- ‘Rupanya lelaki yang mati itu bekas suamiku…’
- Pembunuhan Palestin: Wartawan Romania kantoi meniarap cemas fitnah Hamas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa
Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha
You must be logged in to post a comment.