Ugut kerajaan, menteri soal Hadi tindakan apa PN nak ambil?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar meminta Hadi Awang menjelaskan apakah tindakan akan diambil Perikatan Nasional (PN) selepas mendedahkan ada kelompok yang mahu mencabar undang-undang syariah.

Na’im berkata, presiden PAS itu mempunyai pandangannya sendiri berkait undang-undang syariah dalam negara dan beliau menghormati pandangan itu.

“Mengenai ini (dakwaan ada kelompok mahu mencabar undang-undang syariah) saya rasa saya akan jawab bila sampai (masanya).



“Hadi ada pandangan dia tersendiri. Kalau dia nak ambil (tindakan) itu…kita pun tak tahu tindakan nak diambil (oleh PN),” katanya selepas menghadiri Majlis Penutupan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-40.

Beliau mengulas dakwaan Hadi di Dewan Rakyat semalam, ada kelompok mencabar perundangan Mahkamah Syariah dan perkara itu tidak boleh dibiarkan.

Hadi juga memberi amaran kepada kerajaan supaya tegas membela undang-undang syariah atau PN akan “bertindak”.

“Kalau PH tak nak bertindak kami akan. Bagaimana kami nak bertindak…tunggu dan lihat,” katanya.



Bagaimanapun, Hadi yang juga timbalan pengerusi PN tidak menghuraikan lebih lanjut tindakan akan diambil mereka.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker