Kemelut Chow-Guan Eng jejas reputasi DAP, PH

Kemelut Chow-Guan Eng jejas reputasi DAP, PH

Ketegangan hubungan Chow Kon Yeow dan Lim Guan Eng mungkin menjejaskan reputasi DAP serta Pakatan Harapan (PH), tetapi tidak mungkin sampai mengakibatkan kehilangan sokongan, kata penganalisis.

“Zaman ini rakyat mengundi PH bukan kerana menyokong gabungan itu, tetapi kerana takutkan Perikatan Nasional (PN),” kata Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.



Beliau memberitahu FMT, pergolakan antara ketua menteri Pulau Pinang dulu dan kini itu tidak mungkin memberi kesan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, malah katanya PKR pernah berdepan isu seperti itu sebelum ini.

Desas-desus hubungan tegang antara dua pemimpin itu timbul minggu lalu selepas Lim menjawab dakwaan Chow mengenai ada perancangan untuk menggulingkannya, dengan mendesak ketua menteri itu memberi bukti.

Chow membuat dakwaan itu selepas kontroversi tercetus berhubung penjualan tanah kerajaan negeri kepada syarikat pemaju. Chow kemudian menarik balik kenyataannya itu.

Sementara itu, James Chin dari University of Tasmania berkata, walaupun kemelut antara “kem” Lim dan Chow mungkin semakin buruk, ia berkemungkinan berakhir dengan “perjanjian hormat” antara penyokong kedua-duanya untuk menghentikan sebarang pertelingkahan.



Katanya, walaupun isu itu nampak boleh mencetuskan “pergaduhan serius di Pulau Pinang”, tetapi ia tidak akan membawa kepada kejatuhan DAP atau pentadbiran Chow.

Katanya, pertengkaran antara bekas pemimpin dan “pengganti pilihan” perkara biasa dalam politik disebabkan gaya kepimpinan berbeza.

Chin memetik bagaimana Dr Mahathir Mohamad mencari salah mereka yang menggantikannya sebagai contoh.

“Ada sesuatu dengan politik Malaysia. Anda mengundur (sebagai pemimpin), pilih pengganti yang difikirkan akan mengikut jejak langkah anda tetapi kemudian berakhir dengan air mata kerana pengganti itu mahu mengorak langkah sendiri,” katanya.



Azeem Fazwan Farouk dari Universiti Sains Malaysia menjangka pengundi Pulau Pinang akan melupakan episod ini menjelang pilihan raya umum seterusnya sekitar 2027.

Bagaimanapun, katanya, mungkin ada keperluan untuk mengiktiraf kewujudan “kuasa” yang mahukan perubahan dalam kepimpinan negeri. “Atau mereka mahukan dasar berbeza diguna pakai,” katanya. FMT

Kemelut Chow-Guan Eng jejas reputasi DAP, PH

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker