Isu hutang Harakah buat MP PAS panas punggung
Seorang ahli parlimen PAS berang apabila isu tunggakan bayaran untuk pencetak akhbar rasmi parti itu, Harakah yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit dibangkitkan di parlimen.
Bercakap di Dewan Rakyat, Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) berkata isu yang dibangkitkan RSN Rayer (PH Jelutong) tidak ada kaitan dengan Belanjawan 2024 yang dibahaskan hari ini.
“Peraturan Mesyuarat 36(9), apa yang dibangkitkan oleh RSN Rayer yang kerap kali membangkitkan isu ini mengeluarkan perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati.
“Kami sakit hati terhadap kenyataan RSN Rayer (PH-Jelutong), asyik bangkit isu yang tidak ada kaitan pun dengan Bajet 2024. Sudah-sudahlah,” katanya pada sesi perbahasan Belanjawan 2024 oleh Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat).
Terdahulu Rayer bangkit mencelah bagi menuntut penjelasan Mohd Misbahul mengenai mengapa hutang Harakah kepada pencetaknya masih belum dibayar.
Tidak berpuas hati dengan tindakan Rayer itu, Misbahul meminta Alice mengeluarkan perintah agar Rayer menarik balik kenyataannya.
“Semalam pun dia bangkitkan juga, hari ini bangkitkan juga, kami sakit hati. Kami sakit hati. Ini peraturan mesyuarat kena buat ruling, tarik balik,” ujarnya.
Sebelum ini Malaysiakini melaporkan rungutan Pengurus NAJ Press Resources (M) Sdn Bhd, Hussin Jan, yang menyatakan rasa geramnya melihat PAS serta kepimpinan parti itu “bermewah-mewah” ketika hutang pada syarikat percetakannya masih belum dilunaskan.
Tunggakan bayaran untuk mencetak Harakah itu dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun meminta syarikat pencetak itu menunggu keputusan mahkamah berhubung isu tunggakan hutang berkenaan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya tak gentar dengan usul sekatan ahli Parlimen Eropah terhadap Malaysia
- Fizi Ali ‘main air’ dengan isteri baharu
- Nikita Mirzani kena troll mahu ke Palestine untuk berperang
- Wan Saiful didakwa 18 tuduhan baharu ubah wang haram
- Bekas PM Israel cuak BBC memihak kepada Hamas, Gaza
- Nadia Brian dapat duda pun puas hati
- Bolehkah PAS dapatkan undi dari kafir, tanya Ti
- Pencuri ‘halimunan’ pakai tangkal akhirnya tumpas
- Nelayan selamatkan wanita terjun Jambatan Pulau Pinang [VIDEO]
- Manuskrip Melayu ratusan tahun ditemui di Belanda
- Enam kuasa besar juga sudah tidak tahan saksi penderitaan penduduk Gaza
- Boleh berkenalan?
- Kini masa singkir ‘kayu mati’ dalam Jemaah Menteri
- ‘Rupanya lelaki yang mati itu bekas suamiku…’
- Pembunuhan Palestin: Wartawan Romania kantoi meniarap cemas fitnah Hamas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa