Pesawat penumpang nyaris berlanggar
Dua pesawat komersial hampir berlanggar ketika terbang pada jarak kurang 804 meter antara satu sama lain di ruang udara Lapangan Terbang Antarabangsa Portland, Oregon, lapor akhbar New York Post semalam.
Insiden berlaku apabila penerbangan Alaska Airlines 1299 yang berlepas dari California Selatan cuba mendarat di landasan bersebelahan ketika pesawat SkyWest Airlines 3978 baru saja berlepas.
Kejadian berlaku pada Isnin lalu sekitar pukul 4.15 petang (waktu tempatan).
Pesawat Alaska Airlines terpaksa dilencongkan dan membatalkan pendaratannya selepas menerima arahan daripada pengawal trafik udara.
Kedua-dua pesawat itu mempunyai jarak kira-kira 548 meter secara melintang serta 76.2 meter secara menegak.
Perlanggaran di udara boleh berlaku apabila pesawat berada kurang 152.4 meter antara satu sama lain, demikian menurut pihak berkuasa aviasi yang menyiasat insiden tersebut. – AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pas tak akan masuk tong najis, Hadi tolak pelawaan Anwar
- Menantu dari neraka, sanggup heret ibu mertua keluar dari rumah [VIDEO]
- Noorkhiriah minta bersangka baik pada golongan selebriti yang ‘menikus’ isu Palestin
- Keputusan Putrajaya jadikan EV kenderaan rasmi dibidas
- Lelaki Hindu terharu dapat nota daripada imam, ajak jumpa di Palestin
- Pejuang Hamas bukan mudah dikalahkan IDF
- Bagus cara Rafidah Ibrahim sampaikan ilmu agama (Video)
- Punca Siti Jamumall bercerai
- Shila Amzah halau kekasih Syafiq keluar banglo miliknya
- Baby Shima perjelas letak bendera Israel di pipi
- Pelaku rakam saya sedang mandi – Sara Daewoo
- Ini kenapa Mesir, Jordan enggan terima pelarian Palestin
- Sedan baharu PROTON bakal saingi Honda City dan Toyota Vios
- Naqiu jangan galak bersentuhan, contohilah Tomok
- Awal Ashaari disindir takut hilang ‘job’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET