Sudah tiada tempat selamat, masjid, gereja semua kena bom

Sudah tiada tempat selamat, masjid, gereja semua kena bom

Seorang jurugambar Palestin, Motaz Azaiza mendedahkan tiada lagi tempat selamat untuk dijadikan kawasan berlindung buat penduduk di negaranya ekoran tindakan rejim Israel memusnahkan hampir keseluruhan Gaza.

Menurut Motaz, selain kawasan kediaman, tentera Israel turut menyasarkan rumah ibadat termasuk masjid dan gereja yang dijadikan tempat perlindungan sementara penduduk di Semenanjung Gaza.

“Mereka menggunakan gereja untuk berlindung, tetapi seperti saya katakan tiada tempat selamat di kawasan ini (Gaza),” katanya menerusi hantaran di Instagram kelmarin.

Motaz antara pempengaruh yang mempungai ramai pengikut di media sosial dengan jumlah 6.6 juta orang dan namanya semakin popular kerana kerap berkongsi perkembangan terbaharu mengenai situasi di Gaza.

Kisah Motaz menjadi tular selepas dia membuat liputan mengenai kematian 15 ahli keluarganya yang syahid selepas kediaman mereka di kem pelarian Deir al-Balah di bom akibat serangan udara tentera Israel pada 12 Oktober lalu.

Selain itu, Motaz turut meluahkan rasa sedih menerusi hantaran terbaharunya hari ini apabila mengenangkan pemergian rakan wartawannya yang dibunuh dengan kejam akibat konflik antara Palestin dengan Israel.

“Wartawan Yaser Murtaja, dibunuh oleh Israel pada lima tahun lalu sewaktu demonstrasi aman Great Return March, seorang lagi wartawan, Roshdi Sarraj, dibunuh semalam oleh musuh kejam yang sama,” luahnya. K
Online

Sudah tiada tempat selamat, masjid, gereja semua kena bom

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker