Struktur bumbung SJKT Gelang Patah tercabut dilanda ribut

KEADAAN struktur bumbung di SJKT Gelang Patah, Iskandar Puteri yang tercabut dilanda ribut petang hari ini.

 

Struktur bumbung ruangan menunggu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gelang Patah tercabut dan hampir menghempap kereta guru dalam kejadian ribut petang hari ini

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), J. Thilagaraja berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari selepas murid sekolah telah pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, guru yang masih berada di sekolah pada waktu itu dikejutkan dengan bunyi kuat yang datang dari makmal dan stor sukan sekolah itu dan tidak menyangka struktur bumbung itu diterbangkan ribut.

“Kawasan di sekitar kawasan ini dilanda hujan sejak seminggu lalu, namun kami tidak sangka kejadian seumpama ini berlaku.

“Kejadian ini berlaku sekelip mata apabila angin kuat bersama hujan lebat berlaku dalam tempoh singkat sahaja, tidak sangka bumbung itu akan tercabut.

“Lebih menakutkan, bumbung itu nyaris hempap sebuah kenderaan milik guru yang diletakkan bersebelahan, mujur tidak ada sesiapa yang berada di luar pada ketika itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Thilagaraja berkata, pihaknya menganggarkan kos kemusnahan bumbung akibat dilanda ribut itu menelan kos kira-kira RM50,000

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker