Konflik Palestin-Israel: Jasad bayi baru lahir diletak atas jenazah ibu

Doktor meletakkan mayat Fatima di atas jenazah ibuya, Arij yang terbunuh bersama dua anak perempuannya di hospital Najjar Khamis lalu. – AFP

Keadaan bilik sebuah hospital di Rafah menjadi sunyi sepi ketika doktor meletakkan jenazah bayi yang baru dilahirkan di atas badan ibunya, yang juga terbunuh akibat serangan udara askar Israel, lapor portal MailOnline semalam.

Bayi kecil dinamakan Fatimah yang membawa maksud ‘bersinar’ dalam bahasa Arab itu gagal diselamatkan selepas ibunya yang sarat mengandung dan dua kakaknya terbunuh dalam serangan udara tentera Zionis di bandar Rafah.

Ibu bayi tersebut, Arij Marwan al-Banna yang hamil tujuh bulan serta dua kakaknya, Sarah dan Samya, kedua-duanya berusia 10 tahun, terbunuh di lokasi kejadian, kata doktor.

Pakar-pakar perubatan Hospital Najjar di bandar Rafah sebelum itu berusaha bermati-matian untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan Arij, namun kecederaannya terlalu teruk, bahkan wanita itu sudah meninggal dunia.

Dengan penuh berhati-hati, doktor kemudian membungkus tubuh kecil Fatimah di dalam beg putih sebelum mengikat di dua bahagian hujungnya. Seorang doktor kemudian membawa jenazah bayi berambut gelap itu ke arah ibunya yang diletakkan di dalam beg mayat berwarna hitam.

Arij sebelum itu melarikan diri ke rumah ibu bapanya dengan membawa anak-anaknya selepas Zionis mengarahkan rakyat Palestin berpindah ke ‘zon selamat’ di selatan Semenanjung Gaza.

Namun pada Khamis lalu, ketiga-tiga mereka terbunuh selepas serangan udara Rejim Zionis memusnahkan rumah mereka. Tidak lama selepas itu, bayi yang belum sempat dilahirkan Arij juga disahkan meninggal dunia. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker