KKD terima aduan kandungan isu Israel-Palestin disekat TikTok

KKD terima aduan kandungan isu Israel-Palestin disekat TikTok

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerima aduan daripada pengguna TikTok berhubung kandungan yang dihasilkan membabitkan isu konflik Israel-Palestin, disekat platform itu.

Menterinya, Fahmi Fadzil, berkata isu itu berbangkit, apabila pengguna mendapati kandungan dihasilkan mereka yang mempunyai perkataan seperti Hamas termasuk beberapa perkataan lain, diturunkan secara automatik oleh pihak terbabit.



“Ada pengguna yang menyatakan content (kandungan) yang dimuat naik pada 1.20 dan pada 1.21, content itu telah diturunkan, susulan kononnya terdapat pelanggaran pada garis panduan komuniti.

“Saya sudah berhubung dengan TikTok untuk mendapatkan penjelasan, tetapi penjelasannya tidak memuaskan. Jadi saya mungkin akan minta garis panduan daripada Wisma Putra tentang beberapa perkara dan kita akan panggil (TikTok),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Solidariti Freedom For Palestine di Dataran Merdeka.

Beliau berkata pihaknya juga akan mengadakan satu sesi taklimat bersama pengarang media, bagi membincangkan perkara berkaitan dalam minggu ini.

Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan beliau sendiri juga ada menerima mesej kononnya daripada pihak Meta (Facebook), berhubung sekatan pada kandungan berkaitan solidariti namun, mesej yang diterima itu didapati tidak benar.



“Apabila saya rujuk pihak Meta yang menjaga rantau Asia Tenggara, mereka menyatakan itu adalah mesej yang tidak benar dan bukannya daripada pihak Meta. Pada waktu ini tiada sekatan terutamanya di Facebook,” katanya.

Mengenai perhimpunan solidariti hari ini, Fahmi berkata kehadirannya ialah sebagai tanda sokongan bersolidariti dengan rakyat Palestin, yang pada ketika ini ditindas oleh rejim zionis.

Perhimpunan solidariti anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE dihadiri lebih 3,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama bertujuan bagi meningkatkan kesedaran terhadap krisis kemanusiaan dihadapi rakyat Palestin ketika ini.

Turut hadir Pengerusi VPM Dr Musa Mohd Nordin, Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia Stanley Yong dan Penasihat MyCARE Dr Hafidzi Md Noor. FMT



KKD terima aduan kandungan isu Israel-Palestin disekat TikTok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker