China sanggup buat apa sahaja untuk redakan konflik Israel-Palestin

China sanggup buat apa sahaja untuk redakan konflik Israel-Palestin

BEIJING: China melihat situasi di Gaza sebagai ‘sangat serius’ dengan risiko konflik darat berskala besar meningkat dan penyebaran konflik bersenjata di sepanjang sempadan jiran.

Menurut Utusan Khas China ke Asia Barat, Zhai Jun, kesan di rantau itu dan di peringkat antarabangsa semakin meluas, apabila konflik di sepanjang sempadan Israel-Lubnan dan Israel-Syria merebak, ‘menjadikan ia membimbangkan.’

Sehubungan itu, Zhai menyeru masyarakat antarabangsa supaya ‘sangat berwaspada dalam hal ini’ dan mengambil tindakan segera menggesa pihak terbabit supaya mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dengan tegas dan mengelakkan bencana kemanusiaan yang serius sambil melakukan ‘usaha bersama untuk mengawal keadaan’.

“China bersedia melakukan apa sahaja yang kondusif untuk menggalakkan dialog, mencapai gencatan senjata dan memulihkan keamanan, serta mempromosikan penyelesaian dua negara, penyelesaian yang adil dan berkekalan kepada konflik itu,” kata Zhai seperti dilaporkan China Central Television.

Minggu lalu, Zhai menyatakan punca krisis Israel-Gaza mengenai kekurangan jaminan untuk hak Palestin ketika beliau bertemu dengan rakan sejawatannya dari Rusia di Qatar, perantara dalam konflik itu.

Zhai berkata, China akan terus mengekalkan komunikasi rapat dengan masyarakat antarabangsa, termasuk negara Arab dan seterusnya akan melawat Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Jordan dan negara lain di rantau itu untuk mengukuhkan lagi penyelarasan yang bertujuan menamatkan krisis.

Sebelum perjalanannya ke Asia Barat, Zhai mengadakan panggilan telefon dengan ketua kementerian luar Palestin, Israel, Mesir, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Norway serta dengan wakil khas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kesatuan Eropah.

China telah menyediakan dan akan terus memberikan bantuan kemanusiaan kecemasan kepada rakyat Palestin melalui PBB dan melalui saluran dua hala untuk membantu mengurangkan krisis kemanusiaan, tambah Zhai. Utusan

China sanggup buat apa sahaja untuk redakan konflik Israel-Palestin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker