BN umpama sebuah keluarga, jangan fikir soal gerak solo, Akmal beritahu Wee

BN umpama sebuah keluarga, jangan fikir soal gerak solo, Akmal beritahu Wee

MCA dinasihatkan agar tidak memikirkan untuk bergerak solo, kerana parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN) sudah dianggap seperti keluarga, kata Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh.

“Apa sekalipun parti komponen di dalam BN adalah seperti keluarga, susah senang bersama.



“Itu semangat di dalam BN yang tiada di dalam mana-mana gabungan,” kata Akmal kepada FMT.

Menurut Adun Merlimau yang juga Exco Kerajaan Melaka itu lagi, komponen dalam BN seharusnya bersama-sama memperkukuh parti, serta berusaha untuk kembali mendapat kepercayaan rakyat.

Akmal berkata demikian mengulas kenyataan Presiden MCA Wee Ka Siong bahawa parti itu sedia melakar hala tujunya sendiri jika mana-mana parti dalam BN memutuskan secara rasmi menjalin hubungan baharu dan meninggalkan sekutu sedia ada.

Ketika berucap pada Perhimpunan Agung MCA ke-70, Wee berkata partinya bersedia untuk “bebas” walaupun ini bermakna perlu bermula daripada bawah.



Menurut Wee, pada 1951, apabila pengasas MCA Tan Cheng Lock mentransformasi MCA daripada sebuah pertubuhan kebajikan menjadi parti politik, tokoh itu berdepan tentangan yang ketara dari dalam.

Beliau berkata, landskap politik menyaksikan perubahan selepas PRU15, yang mengubah dinamik dalam kalangan parti komponen BN.

“Terdapat cabaran yang jelas terhadap semangat muafakat yang dipegang sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan MCA mesti terus bekerjasama dengan individu dalam semua parti komponen BN atas prinsip bersama untuk menggubal reformasi dan mengukuhkan semula nilai teras gabungan itu.



Ahli Parlimen Ayer Itam itu juga berkata, MCA mesti merancang kemunculan semula yang padu dalam politik arus perdana pada PRU akan datang. FMT

BN umpama sebuah keluarga, jangan fikir soal gerak solo, Akmal beritahu Wee

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker