Bali isytihar darurat kemarau selama 14 hari

Pekerja Badan Pengurusan Bencana Daerah Bali (BPBD-Bali) melihat kebakaran di lereng Gunung Agung di Karangasem, Bali pada 1 Oktober lalu. – BPBD Bali

Pemerintah  wilayah pulau peranginan Bali, Indonesia mengisytiharkan darurat kecemasan selama 14 hari bermula Khamis lalu selepas bencana kemarau menjadi semakin buruk, lapor akhbar The Strait Times kelmarin.

“Kami memutuskan untuk menetapkan status kesiapsiagaan bencana (darurat) selama 14 hari mulai hari ini (Khamis),” kata pemangku Gabenor Bali, Sang Made Mahendra di pejabatnya di Bali.

Menurutnya, cuaca ekstrem yang melanda Bali dari Julai hingga Oktober 2023, mengakibatkan sebanyak 113 kampung mengalami krisis air selain kebakaran tanah berlaku di 10 kawasan termasuk ibu negeri wilayah Bali, Denpasar.

“Kami akan berusaha untuk memadamkan kebakaran yang masih marak ketika ini termasuk memberi bantuan ke kawasan yang mengalami kemarau dan menyediakan peralatan yang diperlukan untuk mengubah suai cuaca (pembenihan awan).

“Jika tidak dapat mengendalikannya dengan betul, kami khuatir kesannya akan merebak lebih luas,” kata Mahendra. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker