Solidariti peserta GV10 pejuangkan nasib Palestin

Panggung konsert All Stars Gegar Vaganza (GV10) minggu kelima dibuka dengan persembahan istimewa 13 peserta menerusi dendangan lagu Ku Mohon sebagai solidariti demi membela nasib umat Islam di bumi Palestin.

Malah, seluruh tenaga kerja GV10 turut bersama memberi sumbangan untuk membantu meringankan beban ditanggung rakyat Palestin.

“Demi meringankan beban mereka di sana, pihak Astro, kru produksi, juri dan barisan peserta dengan bermurah hati memberikan sumbangan kepada akaun Amanah Kemanusian Rakyat Palestin,” ujar Nabil.

Setelah pengumuman itu, dewan senyap seketika bagi memberi laluan bacaan Al-Fatihah kepada saudara Islam yang telah syahid dek kekejaman Zionis.

Setakat ini lebih 4,300 penduduk dengan kebanyakannya orang awam, telah terbunuh akibat pengeboman Rejim Zionis sebagai tindak balas kepada serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker