Bekas Speaker DUN Negeri Sembilan meninggal dunia

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk Zulkefly Mohamad Omar yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang , Selangor meninggal dunia tengah hari tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Bakri Sawir ketika dihubungi mengesahkan kematian Zulkefly Mohamad yang pernah menjadi calon Parlimen Jelebu bagi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Saya tidak dapat pastikan masa sebenar kematian arwah yang sedang dirawat itu namun berdasarkan maklumat yang diterima jenazah akan dibawa pulang ke Lenggeng dan akan dikebumikan di sana selepas Asar,” katanya ketika dihubungi.



Terdahulu Zulkefly Mohamad dilaporkan dirawat serta ditidurkan sejak kelmarin akibat jantung lemah selain beberapa komplikasi penyakit lain.

Zulkefly Mohamad menjadi Speaker DUN selepas PH mengambil alih kerajaan negeri sebaik memenangi PRU14 pada 2018.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker