Ummi Nazeera ‘unfollow’ The Rock kerana sokong Israel

Ummi Nazeera ‘unfollow’ The Rock kerana sokong Israel

Pelakon Ummi Nazeera memberitahu dia tidak lagi ‘follow’ bintang terkenal Hollywood Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock di Instagram.

Menurut Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nurhidayah Zainul Abidin, dia tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan The Rock apabila melabel pejuang Islam di Palestin sebagai pengganas.



Pada mulanya saya juga tidak tahu isu The Rock itu. Saya terlepas pandang mengenai hantaran yang dibuat The Rock, ketika itu saya tengah ‘shooting’.

Saya tidak setuju dengan apa yang dia katakan, jadi saya terus ‘unfollow’. Sebab saya tak terima dengan apa yang dia buat itu. Terima kasih kepada pengikut-pengikut saya kerana memberitahu saya hal itu.

Tambah Ummi, kebanyakan pengikutnya di Instagram (IG) tidak mahu dia mengikuti akaun bintang Hollywood tersebut gara-gara kenyataan yang dikeluarkan. Ujarnya lagi, dia enggan menyokong golongan yang terang benderang memerangi Islam.

Ini perkara yang besar, ia melibatkan nyawa kanak-kanak. Saya tak mahu menyokong orang yang menyokong perkara yang tak baik. Jadi saya pun tak mahu ‘follow’ dia.



Berbicara lebih lanjut, Ummi berkata dia sering mengikuti perkembangan konflik di Gaza sehingga pernah merasakan sedih yang teramat.

Sebenarnya saya sudah mengikuti konflik Gaza ini dah beberapa tahun dahulu, dan ketika beberapa konflik yang tercetus beberapa tahun lalu dan ramai yang mengharapkan Hamas menang. Tiap-tiap hari saya mengikuti perkembangan konflik itu dan perkara itu buat saya ‘down’.

Sebab hampir setiap tahun kita kena cakna, terutamanya pada bulan Ramadan. Hampir setiap tahun saya ikuti, dan apa yang jadi pada tahun ini, saya tetap mengikuti perkembangan terkini cuma saya cuba buat yang terbaik untuk pastikan perkara itu tidak terlalu terkesan pada saya.

Sedih sangat. Perkara itu pernah terjadi pada saya. Tiada negara yang mampu tangani, dan ia buat saya sangat ‘down’. Tahun ini saya kena kawal, saya tetap kena kerja. Bila dah kerja ada duit, kita boleh tolong mereka.



Ummi Nazeera ‘unfollow’ The Rock kerana sokong Israel

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita



Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil



Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker