Netanyahu wajah neraka jahanam – Neelofa

Netanyahu wajah neraka jahanam – Neelofa

Berang dengan kekejaman rejim Zionis terhadap Palestin, selebriti popular Neelofa menyifatkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai ahli neraka.

Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata, gelaran tersebut layak diberikan kepada Netanyahu yang telah melakukan kekejaman terlampau terhadap penduduk Palestin.

“Kongsi kepada dunia bahawa Netanyahu adalah penjenayah perang.

“Tindakan mereka adalah genocide (pembunuhan beramai-ramai).

“Membunuh keluarga, bayi, kanak-kanak, golongan wanita dan lelaki di Gaza adalah jenayah perang,” katanya dalam Instagram.

Selain ahli neraka, bekas pengacara MeleTOP itu berharap Tuhan membalas segala kejahatan yang sudah dilakukan rejim zionis laknatullah dan juga Netanyahu.

“Inilah wajah laknatullah yang akan menghiasi neraka jahanam. Penghulu segala iblis.

“Ya Allah, lemparkanlah azab-Mu yang terkutuk terhadap syaitan bertopengkan manusia ini.

“Kau berikanlah ganjaran pahala dan syurga tertinggi buat unat Islam di Palestin, amin,” ujarnya

Sehingga hari ini, perang antara pejuang Hamas dan rejim Zionis masih berlarutan sehingga mengundang rasa marah daripada penduduk dunia.

Rata-rata yang menyifatkannya tindakan Israel mengebom hospital, masjid dan gerEja sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan dan melanggar undang-undang dunia.

Netanyahu juga sebelum ini pernah bersumpah akan membunuh semua pejuang Hamas. K Online

Netanyahu wajah neraka jahanam – Neelofa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker