Tak lama dah kita kembali ke Putrajaya – Tuan Ibrahim

Tak lama dah kita kembali ke Putrajaya – Tuan Ibrahim

PAS yakin akan kembali menjadi sebahagian parti yang menerajui Putrajaya tidak lama lagi, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS berkata, pemimpin luar negara yang menemuinya turut menyuarakan keyakinan masa depan Malaysia terletak di tangan parti itu dan Perikatan Nasional (PN).

“Kita punyai peluang menerajui (kerajaan) persekutuan dalam tempoh tidak lama lagi. PAS pasti bersama PN akan menerajui kerajaan pada masa hadapan.

“Saya dikunjungi ramai pimpinan, wakil kedutaan asing pimpinan negara luar yang membuat kesimpulan masa depan negara terletak pada PN dan PAS.

“Kita harus bersedia menerajui kerajaan, Pemuda mesti melengkapkan hakikat tersebut dan bersama pimpinan menerajui kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS kali ke-64 di Shah Alam.

Dalam ucapannya, Tuan Ibrahim secara berseloroh berkata ketika parti itu menjadi kerajaan mereka hanya memenangi 18 kerusi Parlimen, sebaliknya kembali sebagai pembangkang selepas menang 43 kerusi dan ia “tanda kiamat semakin hampir”.

“(PRU15) Kita mencapai kemenangan, walaupun tidak memerintah negara. Waktu kita (menang) 18 kerusi (Parlimen) kita jadi kerajaan, waktu kita berada di kerusi yang besar (menang lebih banyak kerusi) kita jadi pembangkang.

“Ini antara tanda hampirnya kiamat,” katanya disambut gelak ketawa perwakilan Pemuda.

PAS membentuk kerajaan bersama Bersatu, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selama 33 bulan bermula 2020 bawah pimpinan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-8 dan Ismail Sabri Yaakob perdana menteri ke-9.

Parti itu diberi peranan tiga jawatan menteri dan lima timbalan menteri. FMT

Tak lama dah kita kembali ke Putrajaya – Tuan Ibrahim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker