Sampel tulang dua rangka manusia di Setiawan dihantar ke Jabatan Kimia

Gambar Hiasan

Polis menghantar sampel tulang dua rangka manusia dan cebisan kain yang ditemui atas bumbung bangunan rumah kedai di Sitiawan kelmarin ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, sampel itu dihantar ke jabatan tersebut bagi membantu siasatan untuk mengenal pasti identiti mangsa terlibat.

“Polis masih menyiasat punca kematian dua mangsa itu dan kami menjangkakan ia mengambil masa antara tiga hingga empat hari untuk proses analisis tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, setakat belum ada petunjuk baharu terhadap kes tersebut, namun ada beberapa waris berkaitan orang hilang ada tampil untuk membantu siasatan.



Beliau juga meminta orang ramai yang ada kes kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Sebelum ini media melaporkan peniaga dan orang ramai di Jalan Kelab, Sitiawan, dekat sini, gempar apabila dua tengkorak dan tulang manusia dipercayai mangsa bunuh, ditemui di atas bumbung sebuah rumah kedai yang terletak di situ, hari ini.

Mohamed Nordin dilaporkan, berkata dua tengkorak tersebut ditemui dalam dua beg plastik manakala tulang dipercayai manusia berada di atas bumbung rumah kedai yang bersebelahan cawangan sebuah bank tempatan itu.

Rangka manusia itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat dan kes tersebut diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang sabit kesalahan dihukum gantung sampai mati.



Serpihan tulang dan rangka manusia itu ditemui oleh seorang wanita yang kemudian menghubungi polis pada pagi Isnin lalu.

Turut ditemui bersama rangka manusia itu ialah sehelai bendera Perak, beberapa potongan perekat berwarna hitam, cebisan kain berwarna-warni, cebisan baju kemeja putih yang sudah kotor dan sarung bantal berwarna biru.

Selain itu, turut ditemui dua bungkusan plastik berwarna merah yang mana setiap satu berisi tengkorak manusia dan sebilah pisau dengan hulunya berwarna hitam.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita



Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil



Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker