Kutipan tabung kemanusiaan Palestin kini RM81 juta

Kutipan tabung kemanusiaan Palestin kini RM81 juta

Kutipan tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan Kementerian Luar kini berjumlah RM81 juta, menghampiri sasaran RM100 juta, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Berucap pada majlis penyampaian sumbangan tabung AAKRP hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kutipan besar dalam tempoh masa singkat itu menunjukkan soladiriti Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.



Beliau memberi jaminan bahawa dana tabung itu akan dipastikan disalur terus untuk perubatan, makanan, minuman serta kemudahan asas rakyat Palestin yang terjejas ketika ini.

“Saya terharu dalam masa singkat, dengan dana awal, kita dapat kumpul lebih RM80 juta yang akan memenuhi matlamat diumumkan peringkat awal iaitu RM100 juta.

“Ini menunjukkan keprihatinan syarikat kerajaan, swasta dan syarikat bukan Islam,” katanya.

Tabung AAKRP diwujudkan susulan konflik keganasan dan pertempuran yang tercetus di Semenanjung Gaza ketika ini, dengan kerajaan menyumbang RM10 juta sebagai dana awal.



Antara penyumbang terbesar tabung tersebut hari ini termasuk Khazanah Nasional Bhd serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebanyak RM15 juta; Yayasan Albukhary RM15 juta; dan YTL Corporation Bhd RM5 juta.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa.

Anwar turut mengingatkan pihak yang mengutip derma untuk rakyat Palestin supaya sentiasa bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan diri masing-masing.

“Saya ingin nasihat rakan-rakan di masjid atau surau, kutip wang kena ada tanggungjawab dan ia perlu diurus dengan cekap. Jangan ambil kesempatan bina ‘mahligai’ masing-masing.



“Badan sukarela jangan belanja begitu tinggi untuk keindahan pejabat, dana ini untuk bantuan kemanusiaan,” katanya.

Perdana menteri turut menyeru rakyat Malaysia supaya menyumbang mengikut saluran yang betul bagi mengelak sumbangan disalah guna pihak tidak bertanggungjawab

Turut hadir pada majlis itu adalah Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof; Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin; dan Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali. FMT

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri



Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker