Cebisan mayat berselerak dalam hospital Gaza

Cebisan mayat berselerak dalam hospital Gaza

Penduduk Palestin yang terselamat memasuki hospital yang dibom di Gaza untuk mengumpul mayat, beberapa jam selepas serangan udara Israel membunuh ratusan orang awam yang berlindung di kemudahan itu, lapor portal berita TRT World semalam.

Di samping deretan kenderaan yang hangus terbakar, sukarelawan menemui mayat dan cebisan badan manusia yang sudah disimpan di dalam beg mayat.
Beberapa mayat lain pula hanya ditutup dengan kain kafan dan selimut putih.

“Ini adalah pembunuhan beramai-ramai. Saya tidak pernah melihat perkara seperti ini dalam hidup saya,” kata Ahmed Tafesh yang membantu usaha mengutip mayat sambil menambah, dia telah mengumpulkan mata, lengan, kaki dan kepala mangsa.

Pihak berkuasa kesihatan di Gaza berkata, serangan udara Rejim Zionis telah membunuh sekurang-kurangnya 500 orang di Hospital Al Ahli Arab.

Di hospital Shifa yang terletak berdekatan, saudara-mara berkumpul untuk mengenal pasti jasad di rumah mayat dan membawa mayat lain untuk dikebumikan.

Antara yang mencari petunjuk tentang nasib saudaranya ialah Yahya Karim, 70.

“Saya tidak tahu berapa ramai daripada mereka (saudara) yang meninggal dunia atau masih hidup. Terdapat mayat di merata tempat,” kata Karim sambil mengakui bahawa dia telah merancang untuk berlindung di hospital itu sebelum ia dibom. K Online

Cebisan mayat berselerak dalam hospital Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker