Calon GPS di Jepak adalah bekas pengarah AADK Sarawak
Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini mengumumkan bekas pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Iskandar Turkee, 54, sebagai bakal calon mereka untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.
Pengumuman itu dibuat Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di Bintulu.
Beliau berkata Iskandar dipilih gabungan itu, berdasarkan kemampuan serta pengalamannya yang luas dalam kegiatan sosial masyarakat.
“Kesungguhan beliau juga boleh dilihat, apabila sanggup meninggalkan jawatannya (sebagai pengarah AADK) untuk berkhidmat untuk rakyat di Jepak.
“Walaupun ini hanya pilihan raya kecil, tapi bagi saya keputusan PRK ini besar (signifikan), untuk membuktikan sokongan rakyat kepada GPS untuk terus menerajui Sarawak,” katanya.
Sebelum ini Parti Bumi Kenyalang (PBK), sebuah parti pembangkang tempatan menamakan bekas anggota polis Stevenson Sumbang, sebagai calon mereka untuk PRK yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Talib Zulpilip dari GPS, pada 15 Sept lepas.
Sebuah lagi parti pembangkang tempatan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) pula mengumumkan seorang ahli perniagaan Chieng Lea Ping, 64, sebagai calon mereka.
Allahyarham Talib menyandang kerusi DUN Jepak selama enam penggal sejak 1996.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon untuk PRK itu, dengan 31 Okt untuk pengundian awal dan 4 Nov sebagai hari pengundian.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pengarah syarikat nasi kandar direman SPRM
- Ditikam 40 kali kerana kacau isteri rakan
- Tony Fernandes dikecam netizen hadir mesyuarat tanpa baju sambil ‘massage’
- Polis sahkan pengasas bersama MYAirline Goh Hwan Hua ditahan
- Mia Khalifa dipecat Playboy kerana sokong Palestin
- Anwar cabar Hamzah bagi bukti MP Kuala Kangsar diugut sokong kerajaan
- Budak tercampak keluar dari kereta dirempuh 2 kereta (Video)
- Dina sebak dengar doa Angeline Tan (Video)
- Israel cuba menipu dunia dakwa Jihad Islam dalang serangan hospital Gaza
- Skandal mata wang 1993: Ku Li salur maklumat pada Kit Siang
- 500 rakyat Palestin maut dalam serangan rejim Zionis di hospital Gaza
- Kereta McLaren Artura bernilai RM1 juta terbakar ketika pandu uji [VIDEO]
- Zii Jia, Tze Yong naik ranking dunia
- Bomoh rogol remaja kononnya mahu buang ‘pendamping’
- Man Raja Lawak dedah cara turun berat badan dalam 3 bulan saja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)
You must be logged in to post a comment.