Bekas isteri yang juga pegawai kanan kerajaan disaman bekas suami kerana abaikan anak dan rumahtangga

Seorang ahli perniagaan memfailkan saman terhadap bekas isterinya dan lelaki dikatakan kekasih wanita itu kerana didakwa menjalin hubungan sulit sehingga menyebabkannya mengalami kemurungan teruk sebelum mereka bercerai.

Peguam ahli perniagaan berusia 51 tahun itu, Hariz Yusoff, berkata saman difailkan di Mahkamah Sesyen pada 9 Okt lalu.

Pernyataan tuntutan lelaki itu menamakan bekas isterinya, pegawai kanan kerajaan, serta kekasih wanita itu yang juga bekas pegawai kanan tentera sebagai defendan.

Kedua-duanya yang masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua, berusia 40-an.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pasangan itu berkenalan menerusi aplikasi media sosial pada 2017.

Beliau mendakwa akibat hubungan itu, bekas isterinya mengabaikannya dan dua anak mereka, malah sering keluar rumah kononnya kerana perlu bekerja di luar kawasan.

“Ia sekadar alasan kerana plaintif tidak mengetahui mereka menjalin hubungan ketika itu,” kata Hariz dalam sidang media di Kampung Baru.

Menurutnya, anak guamnya terkejut apabila mendapat tahu mengenai hubungan sulit isterinya selepas wanita itu memintanya membawa telefon bimbitnya ke kedai untuk dibaiki, dan menemui perbualan lama antara pasangan itu.

Pasangan itu bercerai pada tahun sama.

Menurut Hariz, Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Mac lalu mendenda defendan kedua sebanyak RM6,000 kerana kesalahan memikat isteri orang.

Plaintif menuntut antara lain ganti rugi am, teruk dan teladan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker